As-salam.
Semasa kami balik kampung tempoh hari, kami sempat berkunjung ke rumah anak sepupu Mak Aji di Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Sebenarnya anak sepupu Mak Aji ini sekitar 10 tahun lebih tua daripada Mak Aji sendiri. Dia juga sudah bercucu. Makanya, Mak Aji sudah mempunyai cicit! (cicit kepada sepupu).
Anak sepupu ini ada menyimpan gambar-gambar lama emak ayah serta atuk dan nenek sebelah kami. Teringat zaman budak-budak dahulu berkunjung ke rumah mereka sempena raya setiap tahun. Sepupu Mak Aji serta suami masih ada tetapi sudah agak uzur. Tidak sempat pula kami berkunjung semasa balik tempoh hari. Ini foto mereka:
Ayah Long (abang sulung arwah ayah) serta Wok (emak saudara). Mereka sudah lama meninggal. |
Mek (sepupu) dengan suami. Mereka makin uzur. |
Kak Noh (anak sepupu) dan suaminya Abang Leh. |
Tentu agak pelik ya, apabila Mak Aji memanggil anak sepupu dengan gelaran 'kakak.' Ini kerana sudah terbiasa sebab Kak Noh pernah tinggal bersama kami sekeluarga semasa dia bersekolah di Pasir Puteh semasa zaman anak daranya. Jadi, dia umpama kakak kami adik-beradik!
Memang bertahun kami tidak menyinggah ke Kuala Ibai (sejak adanya jalan KL-Gua Musang). Bertahun-tahun lalu, kalau mahu ke KL dari Kota Bharu, terpaksalah kami menggunakan jalan pantai, iaitu melalui Terengganu (memang menyinggah ke rumahnya), Pahang (jalan bengkang bengkok di Kuala Lipis (sampai muntah hijau!) barulah tiba ke Karak.
Semoga kunjungan mampu mengeratkan hubungan silaturrahim yang sedia terjalin. Tidak sempat pula kami berkunjung juga ke rumah Ji dan Ha yang kedua-duanya adik Kak Noh yang juga menetap di Kuala Terengganu. Insya-Allah pada lain masa pula!
No comments:
Post a Comment