Followers

Wednesday 19 September 2012

Anak Abah, Anak Mama

As-salam.

Madihah dan Asyraf baru sahaja kembali ke Surabaya setelah berpuasa dan beraya di rumah tempoh hari. Seperti orang lain juga, anak perempuan lebih rapat dengan emak dan ayahnya. Begitu jugalah Madihah. Sejak kembali ke Surabaya, entah berapa kali dia menelefon, macam-macam hallah yang diperkatakan. Satunya memohon untuk pulang ke rumah sempena cuti Maulid nanti insya-Allah pada 24 Januari nanti. Mak Aji dan Pak Aji sebenarnya berniat ke sana dan bukannya dia balik. Sebabnya, sudah agak lama Mak Aji tidak ke sana dan untuk mengurangkan kekerapan anak-anak balik ke mari.

Selain mahu balik ke mari, Madihah juga ingin membawa balik dua orang ustazahnya (yang juga menjadi kawan - umurnya agak sebaya!) yang ingin datang berziarah ke mari. Seterusnya mereka ingin ke Singapura untuk menziarah keluarga ustazah di sana (keturunan syed).  

Setelah berkali-kali berbincang dan entah banyak mana bil telefon, maka Pak Aji mengalah dan membenarkan Madihah balik. Ini rupanya anak Abah yang sering diikut kehendaknya, maklumlah anak Abah!!:

Anak Abah.
Ini pula anak Mama!

Catatan: Alhamdulillah luka pada Asyraf akibat kemalangan mtorsikal tempoh hari sempat baik sepenuhnya sebelum berangkat kembali ke Surabaya.


5 comments:

Aida Salleh said...

kak, ada soalan cepumas ni. kenapa mak selalu sayang anak lelaki lebih?

- dieyana - said...

alahai anak abah, anak mama....;-)

Ummu Madihah said...

Aida, memang soalan cepumas betul tu!! Ya ke mcm tu?? Akak rasa mak sama shj sayang anak lelaki d perempuan, mungkin sbb anak lelaki lebih nakal, maka mrk dpt lebih perhatian?? Ada juga org kata kalau rupa mak ngan anak perempuan serupa, agak panas sikit, x taulah?

Dieyana, memang anak walau dah besar panjang, berjanggut, pun bila jumpa mak nak baring atas riba juga, tarik tangan minta diusap kepala juga!! Anak mak!!

Nuraihana said...

Betul-betul....bila muka lebih kurang sama nie memang panas sikit..tp bila dah kawen n ada anak sendiri,jd rapat lain macam kan mama....hehehe...

Ummu Madihah said...

Betullah tu, Along.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...