Followers

Wednesday 5 September 2012

Back to Normal

As-salam.

Pagi-pagi lagi selepas solat Subuh, Mak Aji, Pak Aji serta Madihah dan Asyraf serta kawan Asyraf, Syed Hassan bergegas ke LCCT untuk penerbangan mereka bertiga ke Surabaya. Macam biasa, saban tahun (dalam perjalanan ke LCCT untuk menghantar mereka) masing-masing berat mulut untuk bercakap, jadi suasana di dalam kereta sunyi sepi kecuali untuk suara qasidah yang Pak Aji perdengarkan daripada CD yang anak-anak bawa balik dari Surabaya. Mereka berat hati untuk balik ke sana dan kami berat hati melepaskan mereka pergi!! 

Sesampai kami di rumah, rumah terasa kosong sekali. Tinggallah Mak Aji dan Pak Aji sahaja di rumah. Zhafran balik ke rumah biasanya malam. Solat maghribnya pun di pejabat. Boy hanya balik hujung minggu sahaja. Hanif dan Nadia pula masih di Terengganu. Mereka akan balik malam nanti - kena pergi LCCT lagi nanti.

Berikut beberapa gambar muka monyok masing-masing semasa di LCCT: 

Madiha senyum paksa. Asyraf memang monyoklah.
Pak Aji control macholah.
Mak Aji memang monyok sebab hilang kawan bergaduh
dengan Madihah dan Asyraf!!
Keluarga Khadijah yang anak daranya, Nadia  memondok
bersama-sama Madihah

Mak Aji juga baru tahu yang dua anak Ustaz Azhar Hashim (bukan Ustaz Azhar Idris yang terkenal itu)  juga baru sahaja menghantar anak-anaknya ke Surabaya, ke pesantren yang sama dengan Madihah (yang perempuan di Pondok az-Zahro dan yang lelaki di pondok Kraton). Alhamdulillah bertambahlah warga Malaysia di sana!!


5 comments:

AsiahRSC said...

Madihah is strong ... nampak dia tenang

Ummu Madihah said...

Nampak di luar tenang, kat dalam, hai! Cuma kali ni takdelah jatuh air mata lagi, steady je!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

semoga semuanya selamat . insya allah

Sue Abd Aziz said...

Assalamualaikum Mak Aji... seronok dapat selesaikan majlis yang meriah kan... mohon maaf sebab tak dapat datang ke majlis tu. Ralat juga, sbb kalau tak boleh posing kat pelamin yang indah tu... huhuhuu.. cantik sangat. Apapun, tahniah Mak Aji. Bertambah ahli keluarga ye.. semoga cepat bertambah cucu ye... Insya-Allah, anak-anak Mak Aji dapat tamatkan pengajian dgn jaya nanti. Berbaloi walau berpisah sementara... kan ada FB, twitter, skype pun ada... macam dia org ada kat umah je... hehehehh...

Ummu Madihah said...

BABY (MAMA AMANA), aminnn, terima kasih. Terima kasih juga kerana ikuti blog Mak Aji!

Sue, waalaikumussalam. Alhamdulillah selesai sudah, lega tak terkata, letihnya bukan main juga! Harap2 bertambah lagi ahli keluarga tahun depan!? Insya-Allah, kami juga doakan begitu juga dgn Asyraf dan Madihah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...