Followers

Tuesday 25 September 2012

Jenayah Lagi

As-salam.

Pagi-pagi lagi Mak Aji berasa terkesan dengan dua berita yang berbeza yang berlaku di Pasir Puteh Kelantan dan juga yang berlaku di Taman Mount Austin, Johor Bahru.

Yang pertamanya Pasir Puteh tempat Mak Aji membesar dan kenangan manis sahaja (ada jugalah yang pahit kelat) yang ada di situ. Rupa-rupanya di sebuah kampung di situ sekeluarga ditangkap kerana kes ragut, pecah rumah dan sebagainya!

Yang kedua pula berlaku di Mount Austin. Seorang lelaki ditembak mati di hadapan isterinya beberapa jam selepas melangsungkan perkahwinannya (dipercayai kaerana kes dendam). Kawasan perumahan ini kedudukannya bersebelahan dengan Taman Daya, tempat Mak Aji tinggal (di rumah yang disediakan oleh ofis) semasa bertugas di JB tempoh hari. Di Mount Austin jugalah Mak Aji dan Pak Aji serta Madihah pada setiap hari minggu meluangkan masa untuk beriadah - brisk-walking, juga bermain badminton sekali- sekala. 

Sebenarnya sebelum Mak Aji berpindah tugas ke sana lagi Mak Aji diberi maklum oleh rakan yang menduduki rumah itu sebelum Mak Aji agar sentiasa berhati-hati semasa keluar dan masuk ke pagar rumah - pastikan pintu kereta berkunci sebelum pintu pagar dibuka (automatik) atau ditutup apabila pulang kerja! Ini kerana mengikut katanya banyak kes samun berlaku semasa penghuni keluar dan masuk pagar rumah! Kawan itu juga pernah ke kedai runcit sejurus selepas pekedai runcit itu disamun dan ditetak penyamun!! Memang agak menakutkan apatah lagi pada awalnya Mak Aji menghuni rumah itu bersama-sama Madihah sahaja sebelum Pak Aji turut pindah ke JB!

Seperti yang pernah Mak Aji sebut sebelum ini, keadaan sekarang memang menakutkan sekali, kes bunuh, samun, rogol dan sebagainya cukup berleluasa! Entah apalah yang akan jadi dengan masyarakat kita??

Sekadar hiasan
Sumber


2 comments:

Aida Salleh said...

betul tu kak. mmg sekarang ni bahaya. kawan saya belajar di germany sampai rasa tak nak balik sbb takut kat malaysia banyak sangat jenayah. kat germany dia kata anak dara keluar malam jalan sorang2 pun tak bahaya. huhuhuu

Ummu Madihah said...

betul kata dia tu. Akak pernah cuba jalan kaki sorang-sorang dari hauptbahnhof Frankfurt balik ke hotel sekitar 2 atau 3 station away, rasa yakin diri selamat! Masa tu dah lewat petang selepas balik dr Book Fair!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...