As-salam.
Musim haji kembali lagi. Awal pagi ini kawan baik kami suami isteri berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji. Kami berdua mendokan agar mereka mendapat kemudahan dalam berbuat ibadah dan pulang dengan haji mabrur, amin!!
Beberapa tahun lepas Mak Aji dan Pak Aji mendaftar lagi untuk ke Tanah Suci. Setelah menerima slip daripada pegawai di kaunter, kami menelitinya dan mendapati bahawa kami akan hanya berpeluang ke sana lagi pada tahun 2034!! Mak Aji terus menyebut, "Alamat matilah kami dahulu sebelum tiba tahun yang tercatat!!"
Dek kerana peluang untuk haji lagi memang lama sangat lagi, kami merancang menunaikan umrah, asalnya pada tahun ini pada bulan puasa. Namun niat terpaksa dibatalkan kerana agak sibuk dengan urusan perkahwinan anak. Insya-Allah puasa tahun hadapanlah agaknya.
Cemburu terbit di hati mengenangkan kawan-kawan yang berpeluang menjejakkan kaki ke sana - rindu hati ini untuk berkunjung lagi dan untuk merasa ketenangan seperti yang tidak pernah dirasakan di mana-mana pun yang pernah dikunjungi!!
Rindunya untuk menatap Baitullah!! |
2 comments:
Mak, abah dan kakak saya insyaallah akan ke sana tahun ni kak. Kak tolong doakan mereka dipermudahkan segala urusan dan mendapat hai yang mabrur ya.
Insya-Allah Da, akak doakan, amin!! Minta mrk doakan agar kita lebih cepat dapat mengikut jejak mereka juga!!
Post a Comment