Followers

Tuesday 25 September 2012

Puding Roti Monie

As-salam.

Pagi-pagi ini usai berkebun, Mak Aji masuk ke dapur. Sambil Pak Aji menyiapkan sarapan, Mak Aji bersiap untuk membuat puding roti. Sebenarnya pelbagai versi puding roti yang Mak Aji jumpa tetapi yang paling mudah dan tidak banyak bahan ialah yang dihasilkan oleh Monie. Jadi itulah versi yang Mak Aji buat, cuma dek kehabisan susu segar (Monie pakai susu UHT), mak Aji pakai bancuh sahaja susu tepung Nespray! Hasilnya alhamdulillah sedap juga!:

Puding roti.
Yang baru keluar dari ketuhar.

Mak Aji terlupa letak garam, jadi kuranglah sedikit lemaknya ya (bukan dehaka resipi, terlupa!). Rasanya kalau buat kuahnya lagi sedap, kan!! Apapun terima kasih Monie atas perkongsiaan!


6 comments:

Aida Salleh said...

asyik masak je akak sekarang ni kan? best best best...kalau sebelah umah dah bawak pinggan dah...heheheh

Ummu Madihah said...

Tulah, nak makan bukannya ada orang sangat kat rumah. Tak tau sapa yg nak makan! Aida kena pindah ke sini ni, banyak bilik kosong!!

- dieyana - said...

sedapnye kak! tak de kuah pun tk pe kot...biasa mkn hok tak de kuah...

Ummu Madihah said...

alhamdulillah sedap. Yang bagusnya boleh adjust kita punya tahap kemanisan sebab gula perang tabur je atas setiap lapis roti. Dua2 boleh, dgn atau tanpa kuah!

Sue Abd Aziz said...

meriah kismis tu... nampak sedap sangat. Kan best kalau masih berkhidmat untuk negara, boleh la tumpang makan... heheheh... hari ni pun su buat puding roti, tapi berkuah... guna pemanggang ajaib!

Ummu Madihah said...

sebenarnya Sue, kismisnya saiz XL, jadi terpaksa cincang dulu br jd saiz tu, entah mana Pak Aji dpt yg saiz tu. Semasa berkhidmat utk negara xde masa nak masuk dapur! Cewah, org tu apa kurangnya yg berkuah lagi! Pemanggang ajaib boleh buat puding roti gak, memang ajaib tu! Sue tahu, hg pemanggang ajaib tu akak ada tengok org lain jual hg lagi mahal tau, Nawal jual lg murah hgnya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...