As-salam.
Mak Aji diberitahu oleh anak-anak yang ada sebuah kedai alsesori telefon yang menjual barang dengan harga yang cukup murah berbanding kedai lain. Tuan punya pula orang Islam. Sebab itulah namanya Kedai Ustaz (kelakar juga nama kedai, kan!)
Malam tadi sebelum sampai ke rumah dari hospital, kami menyinggah ke kedai itu sebentar untuk mencari casing telefon Mak Aji. Ini yang Mak Aji dapat:
Harga asalnya RM18 dan apabila ditawar, harganya RM15!! Casing yang harga sebegini murah pun agak cerdik sebab Mak Aji masih boleh 'mensreet' (swipe) dari luar casing, tidak perlu dibuka - cerdik bukan! Casing Mak Aji sekarang yang original dari Kedai Samsung pun tidak secerdik itu, harganya pun hampir RM100 satu. Kedainya penuh dengan pelanggan yang kebanyakannya muda-muda belaka - Mak Ajilah yang paling tua kut, he he!
Kalau berminat bolehlah anda cuba jenguk nanti ya:
Lokasinya di Uptown Kota Damansara. |
Selain casing Mak Aji juga beli casing untuk SII Pak Aji - dia punya casing macam hampir kopak - dia bukannya tahu tukar-tukar 'baju' telefon, tahu pakai sahaja! Car charger juga murah, jadi Mak Aji belilah juga sebab yang ada sudah macam 'bodoh' sikit lambat mengecas.
Apa lagi, jom serbu!!
Catatan: Lokasi kedai ini - deret kedai baru yang menghadap Uptown Kota Damansara, sebelahnya 7 Eleven.
10 comments:
Salam ziarah Mak Aji...murahnya tp jauhhh noo nak g sana :(
Betul kata Atie mak aji..jauh no..lagi pun acik ngan suami sama2 buta jalan masuk k.l tu nak pi Damansara pun tak tau
Salam zatiesayang,
Zatie kat mana? Cuba check FB kedai ni, mana tau kalau dia buat jualan online juga? Mak Aji sekarang tak boleh nak check sebab connection terlalu slow. Bila search kat Google ada foto kedai ni, juga lama FB-nya.
Salam Acik Ema,
Oh ya ke, susah juga tu ya! Mak Aji pakai aplikasi Waze untuk cari tempat/destinasi yang Mak Aji kurang biasa, Google maps juga boleh, insya-Allah jumpa!
salam perkenalan,,
menarik tu mak aji..murah
Salam perkenalan juga untuk Mar,
Kata anak bujang Mak Aji, kalau dulu Uptown Kota Damansara menjadi tumpuan untuk anak-anak muda mendapatkan aksesori telefon yang murah, kini semua orang tertumpu ke Kedai Ustaz ini. Jadi jom pergi, jangan tak pergi!
Waktu mula operasi pkul bape??
Salam.
Maaf, Mak Aji kurang pasti tentang waktu operasinya. Elok kalau pergi malam sahaja sebab Mak Aji pergi pun pada waktu lewat malam - kawasan di situ hidup malamnya sebab Uptown yang terlepak di seberang jalannya.
Murahnyaaaaa! Dah lama saya cari aksesori yang murah..boleh laa terjah Kedai Ustaz lepas ni ((=
Salam Perkenalan ^__^
http://inikisahaku-hairani.blogspot.com/
Salam kenal NaniEsha haiRani,
Bolehlah cuba pergi kedai ni nanti. Mak Aji dah jalan-jalan ke blog Nani!
Post a Comment