As-salam.
Aleesya, cucu Mak Aji tidak banyak ragamnya dalam perjalanan pergi dan balik ke kampung. Kerjanya tidur sahaja dan cuma bangun bila lapar untuk menagih susu. Cuaca yang agak mendung dan hujan sana-sini dan dalam kereta dengan hawa dinginnya, Aleesya diselimut juga dengan nursing shawl mamanya untuk menahan sejuk. Ini foto comelnya:
Apa tengok-tengok? Cepat ngaji, kalau tidak ustazah rotan! |
Si comel ini Mak Aji doakan akan menjadi anak yang soleh, berhijab tentunya dan akan menjadi saham kami di akhirat nanti, insya-Allah!!
12 comments:
comel :)
Salam Norzila,
He he, tu dia buah hati kami sekeluarga!
hehe mak aji...cucu sulung katakan..seluruh kasih sayang dan perhatian keluarga tertumpah pada si comel tu...
Salam Kam,
Cucu perempuan pertama tetapi sebenarnya cucu ketiga dah! Yang dua lagi lelaki, 6 dan 4 tahun. Yang 2 org tu Mak Aji jaga dalam pantang saja, itupun semasa masih bekerja lagi, jadi x jaga sepenuh masa jugalah. Ini pula yang dijaga sepenuh masa semasa dalam pantang dan hingga sekarang. Itu yang agak rapat berbanding yang terdahulu!
Assalamualaikum Kak! Lama tak berjumpa di alam maya ni kan? Bukan tak ingat akak tapi memang tak sempat nak menjenguk blog akak. Blog sendiri pun turut terabai. Insyaallah kalau ada masa saya pasti menjenguk blog akak.
Comelnya Aleesya kak.Semoga Aleesya menjadi hamba Allah yang taat dan patuh kepada kedua orang tua dan membanggakan keluarga. Insyaallah.
salam makji,
comelnya..hihih nnampak macam dah besar dah kan..nak jadi ustazah nanti yer aleesya..ameen..:)
Waalaikumussalam Da,
Hai, Frankfurt book fair dah lepas sibuk lagi ke? Akak dok tengok je posting mrk Ton ngan Datin, juga Siti Rafiah semasa fair berjalan, nampak meriah. Akak sekadar tengok je, malas dah nak komen pun, masa akak dah berlalu. Sekarang bersyukur x payah travel jauh2 dah atas urusan kerja, kalau travel pun atas urusan peribadi je, lega!
Amin Da, terima kasih atas doa!
Salam Ummuaidan,
Betul tu, nampak air muka macam dah besar, siap berkerut lagi dahi dia. Dalam foto ni saling tak tumpah rupa mama dia!
Aminn! Semoga masin mulut kita ya!
As salam Ummu Madihah. Comel cucu.. moga dikurniakan oleh Allah kepintaran,kesihatan, rezeki yang luas dan diredhai selalu.
Salam Kasihilmar,
Amin, aminn! Terima kasih atas doa tersebut. Moga Allah juga kurniakan yang sama untuk Kasihilmar!
inshaaALlah..semoga aleesha mbesar mnjadi sri kandi yg solehah :)
Salam QA,
Amin, amin!!
Post a Comment