Followers

Tuesday 18 September 2012

Tinjau Lagi Kerusi untuk Meja Makan

As-salam.

Lewat pagi ini Mak Aji berpeluang keluar untuk meninjau-ninjau lagi kerusi makan untuk beranda. Mak Aji tinjau juga kedai menjual perabot terpakai di Kg. Melayu Subang - kadang-kadang kalau bernasib baik kita boleh dapat umpama 'harta karun'  di tempat sebegini! Bak kata orang 'somebody's trash can be somebody else's treasure!! Tiada apa yang Mak Aji berkenan di situ kecuali satu sideboard kayu (tidak tahu apa jenis kayu yang nampak teguh (dan peramah, he he!), bagus untuk mengisi pinggan mangkuk. Ada juga laci (untuk letak sudu garfu dan yang sewaktu dengannya). Harga RM500 sebelum ditawar. Pekerja kedai pula sedang memvarnis suatu kabinet kaca (alamak lupa mengambil fotonya!), cukup cantik urat kayunya, tetapi tidak tahu pula jenis kayunya. Bahagian tepinya bercermin melengkung (itu yang menarik sangat!!). Harganya RM1,000. Itu harga belum ditawar. Ikutkan hati memang terliur!

Selepas itu ke beberapa kedai perabot lain lagi di Subang 2. Dalam meninjau perabot rotan, Mak Aji dapati bahawa selain perabot rotan sebenar, ada juga sekarang rotan sintetik/tiruan khusus untuk beranda/porch/patio rumah. Jenis ini tahan panas dan hujan - boleh pakai sembur air sahaja untuk mencucinya. Perabot jenis ini pula jarang yang berwarna putih, yang banyaknya coklat dan hitam (Dieyana mesti suka ni!). Jom layannn!:


Mak Aji suka reka bentuk yang ini kerana harganya lebih murah berbanding
yang di bawah.
Sumber
Sumber
Sumber

Di atas antara set meja makan yang Mak Aji lihat (dalam katalog). Contoh kerusi ada disediakan untuk kita lihat dari dekat. Walaupun Mak Aji suka yang putih, oleh kerana putih tidak lagi dikeluarkan, maka terpaksalah berpuas hati dengan yang berwarna coklat gelap.

Sebenarnya Mak Aji sudah lama teringinkan meja buffet yang boleh dilipat-lipat untuk disimpan apabila tidak digunakan. Mak Aji cuba pendekatan baru - gabungkan dua meja buffet untuk menjadi meja makan. Bila perlukan meja buffet, asingkan dan Mak Aji ada dua meja buffet. Jika tidak, Mak Aji ada satu meja makan! Amacam? Idea bagus tidak? Ini langkah penjimatan sebenarnya - dua dalam satu!!

Petang tadi juga Mak Aji pergi lagi dengan Zhafran, anak Mak Aji untuk mendapat pendapatnya tentang sideboard yang Mak Aji jumpa di kedai perabot terpakai. Katanya ok, jadi Mak Aji beli. Warnanya coklat, memang masuk dengan kerusi makan nanti. Untuk tie-in dengan set kerusi duduk rotan putih pula, Mak Aji ada idea untuk itu!! Tunggu apa akan jadi seterusnya apabila semuanya tiba di rumah nanti!!




5 comments:

Anonymous said...

Minat dgn lemari yg you cakap tu..ish..kalau dekat2 mau pi tengok juga..
Wan

Ummu Madihah said...

U tau, bila i sua lemari tu kat Zhafran, dia kata, mama nak letak kat mana ni?? I jawab, entahlah!! Tapi mama suka! Tak payahlah ma, nanti abah bising pulak!! Bila i pergi balik, rege dah RM1200 pulak. Agaknya bila dah cantik berbalut plastik tukar fikiran pulak!! Memang i berkenanlah Wan! Jauh sikit pun boleh dtglah!! Dia kata kayu jati. Kalau ikut urat kayu macam ya aja!

Anonymous said...

Bila2 you free jom bawa I pi tengok kedai tu..mana tau ada yg boleh rembat juga..

- dieyana - said...

ha, inilah dia..yang first tu la hok saya suka, mak aji... ;-) (suka, belinya tidak..huhuhu...migrain la kalu asyik duk tgk aje..)

Ummu Madihah said...

Wan, weekend ni i free. Cuma ada wedding anak Hadiah di Sungai Penchala Sabtu tengah hari. Jom kita ke kedai tu, harap lemari tu masih ada!

Dieyana, betul tekaan Mak Aji, kan! Migraine pulak, he he!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...