Followers

Sunday 23 September 2012

Mop Baik Punya

As-salam.

Mak Aji memang kurang rajin mengepel (mengelap) lantai sebab Mak Aji menggunakan pengelap lantai biasa. Along ada menyarankan agar Mak Aji membeli  pengelap lantai Cosway yang lebih memudahkan kerja. Namun begitu, apabila ditanya harganya, seratus lebih, hai sayang juga duit untuk dilaburkan ke pengelap lantai, sampai beratus ringgit. 

Apabila Stardeal menawarkan pengelap lantai pada harga yang cukup menawan hati, Mak Aji terus beli. Ini rupanya:

Kata Along lebih kurang sama dengan Cosway punya!

Mak Aji sebenarnya jarang sangat membeli barang dalam talian, kecuali untuk membeli tiket AirAsia sahaja. Namun tawaran ini terlalu baik untuk dilepaskan. Anda selalu membeli barang dalam talian?? Risau juga ya, manalah tahu ada pihak yang mengambil kesempatan??



2 comments:

Anonymous said...

Macam menarik..dah dapat belum. Okay tak?

Ummu Madihah said...

belum dapat lagi, rupanya kena pergi ambik sendiri kat Bukit Bintang, padanlah diskaun byk! Esok br boleh gi ambik! Kalau tengok videonya boleh tahan jugak. Hg biasa RM100 lebih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...