Followers

Wednesday 24 July 2013

Jom Dress-up Girl!!

As-salam.

Lama betul Mak Aji menyepi, rindu pula untuk ke udara. Mak Aji mencelah ke udara sementara  ada sedikit masa terluang. 

Pada Mak Aji yang secara kebetulan keluarga kami tidak ramai anggotanya perempuan, salah satu keseronokan apabila menyambut bayi perempuan ialah main dress-up! Sudah lama betul tidak membeli dress yang cantik-cantik untuk bayi perempuan - seronok, kan!!

Semalam Mak Aji menyinggah ke kedai untuk mendapatkan bedak Agnesia sebab cucu sudah mula naik ruam (dek cuaca panas agaknya). Terlintas pula di hati untuk membelikannya baju raya (mamanya akan hanya habis pantang selepas raya, makanya takut tidak sempat membelikannya baju raya). Seronoknya membelek-belek stok baju yang ada di kedai bayi itu. Teringat pula zaman anak-anak Mak Aji masih kecil. Membeli baju anak lelaki tiada keseronokannya tetapi membeli baju anak perempuan memang berbeza sekali!

Ini dua helai baju yang dibeli:

Cantik tidak baju raya saya??


6 comments:

zonaku said...

mmg menggila beli baju baby pompuan kan mak aji....

Ummu Madihah said...

Salam Zonaku,

Betul tu!!

Aida Salleh said...

cantiknya baju dia...mmg gilalah kak kalau tgk baju baby girl ni...saya masih belum b erkesempatan sbb anak buah semua lelaki...:-(

Ummu Madihah said...

Salam Da,

Takpa Da, next edition insya-Allah dapat anak buah girl, or better still akak doakan kalau dapat yang sendiri punya, aminn!! Sebelum tu, dapatkan bakal bapanya dululah tentunya!

Umm AA said...

salam makji..
cantiknya baju raya anak dara baru tuh..arissa pun takder baju2 girly lagi..mungkin lps pantang nie br nak shopping..heheh

Ummu Madihah said...

Salam Ummuaidan,

Gi pelepas angin sbb dah lama x layan diri beli dress utk baby girl, he he!! Lepas ni org tu pulak gi shopping ya! Takpa, lepas pantang masih bulan raya lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...