Followers

Wednesday, 14 May 2014

Perihal Foto yang Diambil Orang

As-salam.

Sejak Mak Aji mula berblogging dan ber-FB serta masuk pelbagai grup berkebun di FB, Mak Aji perasan sudah beberapa kali foto yang Mak Aji rakam dimuat naik ke FB. Mungkin ada yang bertanya - mana Mak Aji tahu? Sendiri rakam, sendiri tahulah, he he! Contohnya kalau latar foto menunjukkan cat rumah Mak Aji, apa lagi bukti yang diperlukan?? Apapun seperti yang pernah disebut oleh rakan blogger, Kamsiah Yusoff, apabila kita klik pada foto yang terdapat di Google, akan keluarlah segala perincian tentang foto tersebut! Kalau tidak percaya, cuba periksa!

Mak Aji ini bukan apalah, Mak Aji malaslah nak letak watermark bagai pada foto, sebab banyak kerja! Lagipun apabila difikir-fikir Mak Aji ni kalau boleh memberi manfaat kepada orang lain melalui foto yang Mak Aji kongsi, mungkin kalau itu boleh diambil kira esok-esok, bagus juga ya, kira ibadah jugalah kut ya, insya-Allah! 

Apapun, Mak Aji mintalah kalau anda mahu memetik apa-apa bahan maklumat atau foto dari Google ke atau dari mana-mana sumber, biarlah anda letakkan alamat pautan sebagai kredit kepada tuan punya foto atau maklumat itu - orang berbudi kita berbahasa! 

Berikut antara foto Mak Aji yang Mak Aji lihat dimuat naik oleh orang di dunia maya ini!:

Hempedu bumi yang hidup subur di pasu di depan rumah dulu.
Daun kesum yang pernah dimanfaatkan oleh ramai kawan-kawan ofis dulu.

Kalau diikutkan, setiap maklumat atau foto ada hak ciptanya sendiri dan untuk menerbitkan semula dalam apa jua bentuk pun kita perlu mendapatkan kebenaran daripada tuan punyanya. Walaupun begitu ada sedikit kelonggaran - jika tujuan mengambil itu atas alasan mendidik serta tidak melibatkan apa-apa tujuan komersial, biasanya kita boleh mendapat pengecualian. Begitulah serba sedikit yang Mak Aji tahu akan hal ini. Semoga kita sentiasa berhati-hati ya, jangan sampai kena saman, sudah! Ini juga peringatan untuk Mak Aji juga. Jadi, kalau mahu selamat, rakamkanlah sendiri foto yang kita mahu siarkan. Tentu halnya hak ciptanya kita punya. Suka kitalah apa yang kita mahu buat dengannya! Untuk tujuan Mak Aji kamera digital kompak sudah memadai untuk tujuan berblogging Mak Aji. Sekian, sekadar berkongsi maklumat!



2 comments:

nurbijen said...

senasib la kita Mak Aji... saya pun jenis malas nak letak watermark bagai... Bila tgk gambar kita digunakan oleh orang lain, panas la juga hati rasa.. tapi halalkan juga kalau utk tujuan yg baik :)

Ummu Madihah said...

Salam Nur,

Yelah, kalau kita halalkan dapatlah sekupang dua ya, nak 'guna' esok2 buat top-up yg kurang (banyak sangat yg kurang sebenarnya - muhasabah diri!).

Sama-samalah kita reda ya! Oh ya, kalau foto kita tak cantik, takkan org nak pakai pulak ya, he he (ucap syabas pada diri sendiri!!)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...