Followers

Thursday, 5 January 2012

Tipah 'Tertipu'!

Minggu lepas Mak Aji baca akhbar Star, terbaca peraduan yang dianjurkan oleh sebuah syarikat terkenal yang pernah menaja program rawatan muka bermasalah dan juga rawatan rambut yang hosnya selebriti tempatan kita. Boleh agaklah ya syarikat apa kan?? 

Bila baca peraduan itu, tergerak pula hati nak menyertainya, manalah tahu rezeki dapat hadiah yang ditawarkan (ada gambar pemenang dipaparkan). Apa lagi Mak Aji pun  cubalah padankan mana satu muka 'selepas' (buat rawatan muka) dengan 'sebelum' (rawatan muka). Apabila yakin benar dengan jawapannya, Mak Aji terus sms jawapannya. Sejurus kemudian dapatlah balasan yang mereka akan menghubungi Mak Aji. Esok harinya seorang amoi telefon beritahu Mak Aji diminta datang kerana menang rawatan muka percuma bernilai beratus ringgit! Biar betul - mudah sangat kut?? Hati berkata-kata, namun dek kerana teruja dapat rawatan muka percuma, Mak Aji pun buatlah temu janji pada jam 11 pagi Ahad lalu di cawangannya di Curve, terdekat dengan rumah. 

Masuk saja disambut mesra, disuruh duduk, selepas itu diminta mendaftar. Sekejap lagi konsultan (kalau org lain nak jadi konsultan kena agak berpengalaman, dengan sijil berderet, ni macam lepas SPM aje?) datang ajak ke bilik konsultasi. Lepas tu ditalanya alat macam lampu suluh yang mengambil gambar kulit lengan sebelah dalam untuk dibandingkan dengan kulit muka kita. Habis seluruh muka ditalanya benda itu (macam kat TV tulah!). Pada masa yang sama gambar-gambar tersebut di paparkan ke skrin komputer - punyalah buruk muka, warna kulit tak sekata, kulit ada sedikit sensitif (merah-merah), ada bahagian yang kering, ada yang berminyak, berkedutlah, bla bla, bla......

Nilah bendanya yang ditala ke muka!

Konsultan kata Mak Aji akan di beri rawatan percuma bernilai RM400.00 dengan tempoh rawatan termasuk konsultasi 3 jam! Yang syoknya (pandai betul mereka ni ya!), dia kata kalau ada kad kredit mereka tambah serum free (dah confirm tiada unsur haiwan, plant-based). Mak Aji mengaku ada, dia minta untuk buat pengesahan, lalu datang balik. Selepas itu terus ke bilik rawatan. Seperti rawatan lain, dia mula dengan mencuci muka, entah berapa kalilah, dibubuhnya itu dan ini. Ditalanya muka dengan steam (yang peliknya steam sejuk?? Bukankah steam tu wap panas, tentunya panas?? Entahlah). Lepas tu dipicitnya jerawat - mak datuk, excruciating!! Amoi ni agak kasar sikit berbanding yang biasa Mak Aji alami - mungkin sebab steam sejuk tak? Biasa pakai steam panas, mudah keluar white dan black-heads! Ada juga shoulder massage, punyalah sedapnya, pandai pulak amoi tu!! Apa lagi, sendawa tak berhenti (orang tua memang macam tulah!). Last sekali 3 kali mask, amboi sedapnya!!! 

Bila sudah selesai bukan main sedap lagi badan, sempat terlelap beberapa kali dengan diulit muzik instrumental yang mengasyikkan. Diajak lagi ke bilik konsultasi, Mak Aji suspens dah, mesti nak kena kecek ni (memanglah sejak awal lagi mereka kata kita tak terikat untuk ambil pakej rawatan mereka!) Jenuh Mak Aji bersilat nak mengelak, sebut nak pencen tengah tahun ini dan sebagainya. Ingatkan sudah terror menepis, rupanya tewas juga, akhirnya ambil jugalah pakej, cuma 6 kali sahaja, dah pencen, no more, yille!! Fulus takde! 

Siapa yang tidak tergoda dengan bukti keajaiban seperti ini??

Semasa memandu balik ke rumah Mak Aji terfikir, "Alamak, sepatutnya tak pergi tadi, selamat duit aku!" Kini nasi sudah menjadi bubur!! 

Catatan: Hati-hati dengan taktik orang yang nak mengecek duit kita! Kecualilah mereka yang memang suka dikecek!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...