Followers

Friday, 13 January 2012

Ke Tanjung Karang

Dalam pada demam semalam, Pak Aji pujuk Mak Aji ke Tanjung Karang untuk membeli hasil laut segar. Dia pujuk suruh pergi juga untuk menemankan dia, walaupun sekadar duduk dalam kereta sahaja - apa lagi terpaksalah layan juga. Dia hendak ke sana juga kerana hendak dapatkan pelepah nipah (yang dikatakan boleh dibuat ubat untuk batu karang - perlu campur dengan cuka nipah. Untuk makluman lanjut klik di sini - greenfingers898.blogspot.com). Kami ke Bagan Pasir berbekalkan tong ikan. Pilihan agak terbatas, kami cuma dapat udang, ketam, ikan gelama (besar saiznya) dan ikan jaket. Harganya agak lebih kurang berbanding di Sungai Buloh, cuma di sini memang segar. 

Mak Aji perasan pengusaha di situ menjemur ikan gelama kecil untuk dibuat ikan masin - Mak Aji boleh terbayang ikan masin yang sudah digoreng dan dimakan dengan nasi panas-panas, mmmmm, sedap!!  Ini gambarnya:

Ikan masin yang dijemur
Cuba lihat baju di ampaian di belakang!
Bila melihatkan kain di ampaian, Mak Aji teringat akan pengalaman menginap di sebuah hotel di Mersing. Apabila menggunakan tuala hotel, Mak Aji perasan yang tualanya berbau ikan masin!!!  Jadi, agaknya baju di ampaian di atas juga ada bau yang sama! 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...