Followers

Sunday, 8 January 2012

Kemalangan

Mak Aji keluar ke KL dengan Boy menuju ke Lowyat. Semasa berhenti di lampu isyarat sebelum membelok ke simpang nak masuk ke Lowyat, dengan tiba-tiba Mak Aji terdengar dentuman yang agak kuat dan kereta terloncat ke hadapan. Kereta Mak Aji kena langgar dari belakang!! Punyalah tidak terkata ketika itu! Kereta Mak Aji memang berhenti tidak bergerak pun ketika itu. Mak Aji dan Boy keluar, bumper kereta kemek sedikit, tercalar manakala pintu but kemek sedikit dan tidak lagi boleh ditutup sebab bahagian dalamnya terperosok, sudah lari alignment kuncinya. Kami masuk ke tempat letak kereta hotel Melia dan di situ staf hotel membantu dengan memberi tali untuk Mak Aji ikat pintu but supaya tidak ternganga! Kena berikat dengan tali rafia - aduh!!! Orang yang melanggar, budak muda, Melayu, bersetuju agar insuransnya bayar kos membetulkan kerata Mak Aji. Yang menghairankan kereta dia tiada langsung kesan langgar kecuali logo Protonnya tertanggal!! Kami bertukar nombor telefon dan berpisah dan berjanji akan ke Balai Polis Jalan Bandar esok paginya jam 10.00 pagi untuk membuat laporan polis. Mak Aji menyinggah juga ke Lowyat sekejap dan selepas solat Maghrib terus balik. Yang agak terkilan tu, kalau kemalangan kerana bawa kereta laju, berbaloi rasanya kalau berlaku, ini tidak, kereta berhenti, kena langgar pulak! Kalau sudah ditakdirkan untuk berlaku, maka mahu tidak mahu terpaksalah reda, apa nak buat! 

Kereta kemek
Tertolak ke hadapan
Bumper renggang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...