Followers

Wednesday, 18 January 2012

Ombak Rindu Raih RM10.09 Juta!!

Orang sibuk-sibuk dengan filem "Ombak Rindu," Mak Aji cuma mampu lihat trailernya sahaja. Nampak macam bagus filemnya, tambahan pula diadaptasi daripada novel (biasanya novelnya meletup dulu, lepas itu dibuat adaptasi, seperti juga Harry Potter dan yang lain, yang sewaktu dengannya). Mak Aji saja usik anak Mak Aji, Boy supaya muat turun cerita itu, rupanya memang boleh dibuat demikian dan dia sudah siap simpan dalam external hard-disk. Apa lagi, ada masa terluang Mak Aji layanlah filem itu - memang bagus ceritanya, memanglah patut meletup dan setakat ini katanya sudah mendapat kutipan RM10.09 juta!! Seperti yang disebut dalam The Star - tak perlu buat lakonan tak senonoh sebab filem jenis drama macam ini dapat raih kutipan jauh lebih banyak lagi!

Cukup lawa Maya bertudung!!

Fauziah Ashari - penulis novel

Pasangan hero dan heroin cukup kacak dan lawa, memang padanlah! Lakonan mereka memanglah tidak boleh dipertikaikan lagi, cuma satulah nak komen. Heroinnya asalnya seorang ustazah yang mengajar anak-anak di kampung mengaji - apa hallah pulak ustazah mengaji pelat sahaja bunyinya???  Begitu juga apabila Maya Karin membaca surah Yasin (bahagian awal) - memang sah pelat (walaupun suaranya memang merdu). 

Rasanya itu sahajalah yang agak 'kureng' sikit, yang lain memang bagus! Kalau ada yang belum tengok, tak hendak tengok ke? 

5 comments:

- dieyana - said...

dieyana pun baru tgk citer tu, mak aji, beli CD aje, tk nyempat nk tgk di panggung. sebab heronya aaron aziz, terus beli CD. ceritanya best juga, ditambah para pelakon yang berbakat. betullah mak aji ckp pasal pelat ustazah tu..hihkihk..

izla said...

sy dah tengok masa tayang kat astro first awal tahun hr tu.. suka especially part tukar-tukar jam sebagai hadiah kawen..

Ummu Madihah said...

Nampaknya anakanda berdua memang minat cerita ni ya! Org tua mcm Mak Aji pun suka jugak. Anak bujang Mak Aji pun rupanya suka jg, tengok sampai habis!
Dieyana - dah elok dah semua, slack tang pelat. Apapun x semua org sempurna kan!
Iizla - Mcm mana pulak mak Haris boleh simpan jam murah pemberian Izzah tu ya? Agaknya dia pun pelik ngapalah anak aku ni dok pakai jam murah mcm kat Petaling Street tu walhal mampu pakai Rolex?? Mak Aji turut kelam kabut bila jam terjatuh dlm sungai!

Aida Salleh said...

Sayalah salah seorang penyumbang kutipan 10 juta tu kak shima.hehehehe...saya tengok 1st day tayang kat panggung. tengok dengan aron aziz lagi tau sbb saya join geng2 fc dia. aron dengan wife dia ada sekali. mmg handsomeeeeeeeeee sungguhlah aron tuh...hehhehee...

pastu bila keluar kat astro first saya tengok lagi...dan lagi dan lagi dan lagi...entah berapa kali pun tak tau...hehehe...

secara peribadi saya rasa cerita tu oklah. taklah best sangat2 tapi boleh layan lah. tang pelakon plak saya rasa lakonan maya karin mmg mantap. (kita letak tepi bab pelat mengaji tu lah ya...hehhe). Saya tak menilai aron aziz sbb saya suka dia jadi kalau dia berdiri tegak je pun saya cakap best kot? hahahhahaha)...

Ummu Madihah said...

Awk ni Da, kalau zaman dolu2 mrk yg tengok citer Sanggam atau Bobby sampai entah ke berapa kali!! Memanglah tang hensem akak pun setuju, acting apa lagilah memang menjadi. Tahap minat kat Aaron sama tahap ngan minat kat Ella ngan Awie ke???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...