Followers

Sunday, 15 January 2012

Mi Udang Pak Aji

Mak Aji masih demam, masih tidak boleh lekang daripada ubat. Jadi, Pak Aji masuk ke dapur untuk masak makan tengah hari. Mulanya katanya nak masak nasi goreng udang, tetapi pada saat akhir menu bertukar kepada mi udang. Apa-apalah, janji boleh makan!

Udang dari Tanjung Karang tempoh hari memang segar, cukup manis sebagai rencah. Apa lagi apabila kulit udang dibuat stok udang, lagi bertambah manisnya!

Mi udang Pak Aji
Alhamdulillah habis semangkuk dihirup dengan kuahnya sampai licin!

2 comments:

AsiahRSC said...

Terliur tengok. Boleh buka restoran ni ...

Ummu Madihah said...

hahaha, suka Pak Aji kalau dengar u cakap mcm tu! Tapi memang sedap Siah, memang manis luar biasa (alah, u know better, asyik dok gi Ganu je, yg belum, jd org Ganu jer!) walaupun tak letak MSG. Semua bahan, mi kuning, fish ball dr kedai Melayu, buatan Melayu dekat ngan rumah i je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...