Followers

Saturday, 7 January 2012

Nasi Beriani Gam - Restoran Periok, Bkt. Rahman Putra

Tengah hari ini masih dalam mod 'daun palas' (tercucuk duri palas - tak rajin!). Teringatkan nasi beriani, maka Mak Aji minta Boy keluar belikan nasi tersebut. Di Bukit Rahman Putra (kawasan belakang the Store, Sungai Buloh) ada dua tempat nasi beriani, satunya restoran ini dan satu lagi di medan makan, di seberang jalan dari restoran ini. Kedua-duanya memang ramai pelanggan. Yang di  restoran, harganya lebih mahal berbanding yang di medan selera. Mak Aji pernah makan di kedua-dua tempat dan dari segi rasa lebih kurang sahaja. Ini makan tengah hari kami: 

Lauk beriani ayam
Set nasi beriani gam

Berikut video pembukaannya tidak lama dahulu: 


Harga nasi beriani RM9.90 untuk ayam. Harga untuk lauk kambing berbelas ringgit. Jom makan!!

2 comments:

Papa-NtiQ said...

hmmm nasi beriani gam di sungai buloh...nak kene terjah nih hehe
nasi beriani gam memang femes kat johor terutama di area batu pahat dan muar. Saya baru jer upload pics masa makan beriani gam kat Tangkak...bagi saya yg paling best tapi kurang dikenali.
Senang2 tu singgah la yer blog saya di www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan makan hehe..takde topik lain.
Nanti follow yer blog saya TQ TQ TQ

Ummu Madihah said...

Papa-NtiQ, selamat berkunjung ke blog Mak Aji! Mak Aji biasa makan beriani di medan makan depan hospital (swasta) dekat jambatan di Batu Pahat. Memang singgah tiap kali berkunjung! Di Tangkak belum pernah cuba. Insya-Allah akan Mak Aji berkunjung ke blog saudara! Mak Aji suka beriani di Bandar Baru Uda, JB, Pondok MS Beriani, saudara pernah cuba??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...