Followers

Thursday, 26 January 2012

Raya Cina Exodus

Seperti tahun-tahun lepas juga setiap kali ada perayaan yang bertemu dengan hari minggu, warga kota terutamanya mengambil peluang pulang ke kampung masing-masing. Apa lagilah dengan cuti seminggu (biasanya) ekoran raya puasa atau raya Cina.

Kami pun berbuat yang sama dan kami bergerak menuju Kota Bharu pada jam 8.30 pagi selepas sarapan. Elok sahaja sampai ke lebuh raya Karak, selepas Seri Gombak, kenderaan semakin banyak dan jalan semakin sesak. Jalan sedemikian sehinggalah ke persimpangan masuk ke Bentong. Melihatkan keadaan tersebut, Pak Aji terus sahaja dan hanya masuk ke simpang Sertik/Cinta Manis. Jalan itu agak selesa berbanding jalan Bentong.  

bumper-to-bumper somewhere in Pahang

Cuaca menyebelahi kami kerana agak nyaman, tidak panas dan tidaklah hujan. Kami tiba di Kota Bharu sekitar jam 7.00 malam. Hilang sesak dalam perjalanan, bermulalah pula sesak di bandar Kota Bharu!

Selesai semua urusan kenduri, Mak Aji dan anak-anak balik ke KL (tanpa Pak Aji - ada urusan lain). Kami bertolak sekitar jam 8.00 malam dan tiba di KL jam 2.00 pagi. Selepas menghantar anak buah ke UPM Serdang (dia menumpang) kami tiba ke rumah jam 3.30 pagi. Jam 4.00 barulah boleh rebahkan belakang! Kunci jam untuk bangun jam 5.30 tetapi tewas, badan tak mahu bangun. Jam 6.30 pagi barulah boleh bangkit dan terus bersiap ke pejabat. Apa lagi, badan umpama zombi, melayang-layang rasa nak tumbang! Itulah dia pengalaman balik kampung dengan tidak mengambil cuti tambahan. 

2 comments:

AsiahRSC said...

Shimah, teringat raya Cina tahun lepas I baru lepas operation dan perlu nak guna stoma bag dah kehabisan ... Jenuh Hisham kat KB jam cari farmasi nak beli stoma bag tu!!! Mimpi ngeri ... Anak I dan Apol datang KB visit I dan balik KL pun jenuh dengan jam

Ummu Madihah said...

Memanglah Siah, kalau raya Cina mereka cuti sekurang-kurangnya seminggu, byk kedai tutup. Itupun nasib kat KB, ada jg kedai Melayu. Pasal jam tu, almaklumlah warga Kelantan ramai yg merantau ke serata Malaya (termasuklah i), waktu cuti pjg mcm nilah nak balik jumpa keluarga. Itulah yg ditanggung saban tahun bila blk kg raya puasa, haji dan raya Cina!!! Nak tak nak terpaksa harung juga!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...