Petang ini Mak Aji balik sedikit lambat berbanding biasa - ada sedikit urusan peribadi dengan kawan sepejabat. Bila sampai ke rumah jam sudah melewati 6.00 ptg. Jenguk ke dapur, rupanya Pak Aji (sura rumah) masak lauk singgang ikan kembung, telur dadar dan ikan masin goreng. Ulam daun kesum dan kacang botol (segar dari ladang) pun ada.
Bila diteliti betul-betul, singgangnya off-colour sikit, telur dadar cuma 'senipis kuku' nak hangus (belum ada bau hanguslah!). Ikan masin goreng, pass. Singgang rasa kurang asam, kurang masin, kuning sebab letak kunyit hidup (orang Besut masak singgang taruh kunyit, orang Kelantan tidak). Tukang masak hari ini orang Besut (that explains the colour).
Makanan yang tersedia kami makan sajalah. Sedap tak sedap belakang kira. Kalau itulah rezeki malam ini, makan ajalah! Balik kerja tidak payah masak sudah cukup baik. Alhamdulillah! Orang alim cukup marah kalau kutuk makanan!! Astaghfirullahaladzhim!!!
Catatan: Tiada gambar kali ini sebab makanan kurang presentable. Oopss!! Maaf, maaf.
3 comments:
nasib ada pak aji sebagai sura rumah..kihkihk...balik aje terus ngap kelassss pak aji masak singgang! ^__^
at least pak aji boleh wat singgang. bapak-bapak yang lain belum tentu lagi boleh duk dapur. :)
Alhamdulillah, betullah Iizla, Mak Aji yang terlupa nak bersyukur!! Dah gi visit blog awk, sangat menarik utk menyelami jiwa org muda! Dah terlupa, lama sangat tinggal zaman muda! Will follow! thnx for following!
Post a Comment