Followers

Sunday, 1 January 2012

Orang Minyak Mengganas!

Sekitar 10 hari yang lepas penduduk Kampung Laksamana, Gombak, digemparkan oleh kehadiran dua orang minyak (seorang botak, berbadan tinggi dan tegap serta seorang lagi rendah dan berambut keriting). Ramai penduduk yang telah terserempak dengan makhluk luar biasa ini yang dikatakan boleh melompat ke bumbung dan terus menghilangkan diri. 

Seperti dalam filem 'Sumpah Orang Minyak' makhluk ini dikatakan menuntut ilmu hitam dan sebagai syarat untuk menyempurnakanya perlu merogol sebilangan anak dara. Jadi, mereka yang paling terkesan dengan kejadian ini ialah keluarga yang mempunyai anak dara. Orang minyak ini juga dikatakan berpakaian seluar dalam dan badannya berlumuran minyak.

Filem Sumpah Orang Minyak
Sebahagian besar masyarakat kampung tersebut memang mempercayai tentang orang minyak ini kerana ada sebilangan yang sudah terserempak dengannya. Walaupun begitu ada juga segelintir yang tidak mempercayainya.

Sebagai langkah keselamatan, orang-orang kampung telah melaksanakan langkah meronda sekitar kampung. Langkah ini agak menyukarkan mereka yang terpaksa mengorbankan masa tidur mereka dan pada masa yang masa perlu keluar bekerja pada esok harinya. Selain itu, laporan polis sudah dibuat selain berikhtiar menggunakan khidmat bomoh.  

Penduduk kampung yang selama ini jarang berkesempatan bertemu dan berkenal rapat sudah mula berhubung rapat dalam menangani masalah ini. Perbezaan fahaman politik (dalam suasana dekat dengan pilihanraya) juga semakin tidak terasa antara mereka. Agaknya itulah hikmah di sebalik kejadian ini!

Catatan: Awas mereka yang ada menyimpan anak dara di rumah!! 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...