Followers

Wednesday, 4 January 2012

Sayur Pedas Bayam dengan Lokan

Bila teringat lokan terasa nak makan bubur lambuk, namun dek kerana kekangan masa dan juga bahan yang sikit susah nak dapat terpaksa tukar menu. Pak Aji kata masak pedas sayur ajelah. Oklah, senang dan cepat masak, pakai rebus saja. Inilah dia lokan yang dibeli tempoh hari:

Lokan
Ini yang sudah direbus, kopek (ambil airnya sedikit):

Lokan dgn air rebusannya

Lokan sahaja
Ini yang kami makan malam ini, cukup ringkas, namun alhamdulillah cukup menyelerakan. Lokannya manis. Walaupun begitu, cukuplah makan sedikit sahaja, tahan nafsu,  nanti penyakit mudah menyinggah!!

Sayur pedas lokan, tenggiri dan tamban goreng, sambal belacan, buah anggur.

3 comments:

Aida Salleh said...

kak, lokan tu ada jual kat mana ya? nak jugak try...kat kl ada jual tak?

izla said...

sambal belacan ngan kacang botol..terbaikkk!!!

Ummu Madihah said...

Aida, setakat ni belum jumpa, kalau nak ada pun mungkin kat pasar tani??

Iizla, memang terangkat, kacang botol segar dari ladang! - tanam sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...