Tiba-tiba teringin hendak makan bubur lambuk. Bukan versi yang kita dapat percuma dari Masjid Kg. Baru pada bulan Ramadan tu. Ini bubur lambuk versi pantai timur punya, Kelantan dan Terengganu. Pahang Mak Aji kurang pasti mereka ada atau tidak bubur lambuk macam kami punya?? Kami sekeluarga memang suka. Kalau sekali masak memang satu periuk besar, macam nak buat kenduri, walhal untuk sekeluarga berlapan sahaja (itu zaman dulu-dulu masa anak masih sekolah lagi, ramai lelaki, tengah membesar, apa lagi, makan aja kerjanya) - macam masak untuk 30 orang makan! Bukan apa, mengulang, asyik bertambah! Kenyang sekejap, teringat ceduk lagi, dan lagi dan lagi!
Semasa kami balik kampung tempoh hari, kami beli lokan. Bila sampai saja ke rumah, terus masuk freezer. Semalan Pak Aji keluarkan, rebus, keluarkan isinya dan simpan ke dalam peti ais balik, belum sempat dibuat apa-apa lagi.
Bubur lambuk kami macam sayur lemak putih versi Kelantan, dengan santan, taruh ikan sardin/kembung bakar (supaya wangi), kalau di tangan ada duri palas (tak berapa rajinlah tu), rebus aja (rebus sendiri, jangan yang dibeli, tak dibuang perut, tak boleh makan wei!), taruh lada hitam, bawang merah. Rencah yang biasa Mak Aji gunakan (selain ikan bakar yang dibuang tulang dan tumbuk), ialah lokan (macam wajib ada), udang kering, kalau ada udang hidup pun sedap. Satu lagi yang wajib ada pucuk midin (macam pucuk paku tetapi merah warnanya - ini pakai banyak, lagi banyak lagi sedap - manis).
2 comments:
nampak sedaplah kak...nak rasaaaaaaaaa.....lain kali kak seluduplah 1 mangkuk utk saya ya..:-)
Tulah Yang, hajat hati nak buat tapi apa kan daya, nak dpt bahan susah sikit. Insya-Allah I keep u in mind. Sorang lagi dgn permintaan sama, Mohaini!
Post a Comment