Followers

Monday, 16 January 2012

Nasib Badan!

Ibu ayam sudah mula mengeram selepas bertelur sebanyak belasan biji telur. Bila ibu ayam sibuk, bapa ayam pun mula bawa diri, menyendiri agaknya! Burung merpati juga bertelur, walaupun sekadar sebiji. Bapa burung merpati garang mempertahankan telur hinggakan dikerjakan pasangan burung merpati putih yang tinggal dalam 'rumah' yang sama - sampai botak kepala dikerjakan! Nak tak nak Pak Aji terpaksa pisahkan ke 'bilik' sebelah yang sebelum ini dihuni pasangan ayam. Penyudahnya bapa ayam sudah hilang 'rumah', dan akhirnya bertenggek di para pokok anggur Mak Aji - kasihan dia!

Pak Aji perlu mencari penyelesaian segera bagi masalah 'perumahan' ini!! Ini masalah negara yang perlu diselesaikan dengan pantas dan dengan penuh berhemah!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...