Followers

Thursday, 12 January 2012

Pemeriksaan Kesihatan di IJN

Dari rumah Mak Aji terus ke IJN untuk memenuhi temu janji dengan IJN untuk menjalani pemeriksaan kesihatan yang sudah diuruskan oleh ofis. Kosnya yang sekitar RM 500 (RM400 lebih selepas diskaun) juga dibayar oleh ofis. Jadi Mak Aji membawa badan sahaja. Mak Aji sampai sekitar jam 7.30 pagi lengkap dengan baju (kemeja-T keluaran Hilyah, yang dikeluarkan oleh kawan sendiri, Latifah dari Subang Bestari - promo sikit!) seluar dan kasut sukan (kasut - anak bujang belanja -  terima kasih banyak-banyak Zhafran!!). 




Pada malam sebelumnya sekitar jam 10.00 malam Mak Aji sudah mula berpuasa - minum air kosong bolehlah  (sebelum jam 10.00 makan ubat kolesterol dan ubat migraine sebab keluar tanda-tanda akan menyerang! Kalau tidak dimakan, alamat bila dah sakit, nanti tak jadi orang, jadi benda lain, monster agaknya??)

Mak Aji terus pergi ke bahagian ESP (Executive Screening Programme), berdaftar dan menunggu giliran. Pertamanya, dibuat ujian ECG. Kemudiannya diambil sampel darah dan kencing, ditimbang dan diambil ketinggian (punyalah banyak terlebih berat, segan mahu cakaplah!!), diberi makan burger saiz XL -tanpa apa-apa sos pun!?- dan diberi munum. Selepas itu dibuat sinar-X (X-raylah tu!!), ujian paru-paru - pegawainya mempunyai gambar ahli bomba dan api pada skrin komputernya. Apabila kita disrruh menghembuskan nafas, kalau cukup kuat (kira luluslah!), api akan padam! Untuk ketiga-tiga kali api padam, kira cukup baguslah tu! Ujian yang terakhir, naik ke treadmill.  Rupanya ada lima peringkat - bermula dengan berjalan hinggalah berlari laju - bergantung kemampuan masing-masing! Mak Aji 'dihidangkan' dengan gambar-gambar yang menenangkan - pemandangan - pada skrin di hadapan treadmill itu. Mak Aji tanya, "Tak ada Ombak Rindu ke??" Petugas itu gelak sahaja! 

Mak Aji sebenarnya malas nak berlari, jadi berhenti setakat menghabiskan tahap ketiga sahaja (boleh terus lagi, cuma malas nak berlari - lagipun dah lulus pun! Setelah mendapat keputusan bacaan graf yang panjang berjela, Mak Aji hanya perlu jumpa doktor untuk mendapatkan keputusan keseluruhannya. Dari pagi hingga ke tengah hari, terpaksa melalui beberapa kali sesi menunggu dan sempat bertukar-tukar fikiran bukan sahaja dengan rakan sekerja yang hadir sama, malah terjumpa juga dengan kawan pada kawan yang seangkatan semasa belajar dahulu. 

Sekitar jam 1.30 barulah selesai dengan doktor. Katanya semua ok, cuma tahap kolesterol lebih daripada biasa, perlu terus mengambil ubat untuknya. Yang lain alhamdulillah, sihat sahaja. Yang menariknya doktor rupanya orang kampung Mak Aji! Orangnya masih muda, sekitar awal 30-an, kacak dan manis orangnya!! Terima kasih doktor! 

Sebelum balik ke ofis, Mak Aji dan Dr. Wan (rakan ofis yang sama menjalani ujian) sempat menyinggah ke gerai nasi ayam kampung (Restoran A. Hasan) di medan makan bertentangan dengan Stadium Raja Muda! Mak Aji linkkan laman web yang bercerita tentang tempat yang sama tetapi cawangan lain! Sudah agak lama tidak berkunjung ke situ - dekat Stadium Raja Muda - (Dr. Wan belum pernah pergi - intro) dan seperti biasa, Mak Aji memang suka dan kami agak puas menjamu selera. Kami makan nasi dengan ayam kampung goreng, gulai kawah, sotong, ulam dan tentunya budu dengan tempoyak!! Dr. Wan pula belanja, lagilah sedap!!! Alhamdulillah!!   

4 comments:

izla said...

Mak Aji buat checkup ni sbb wajib kene buat ke? utk ape ehh...

Ummu Madihah said...

Mak Aji buat sebab ofis offer kat staf yg berumur 50 tahun ke atas - warga tua!! Al-maklumlah bila tua sakit suka menyinggah, jd sbg langkah keselamatan, check dulu supaya boleh (jika ada masalah) ambil langkah berjaga-jaga (tukar gaya hidup)! Mak Aji buat ujian darah sekali setahun, yg tu bayar sendiri, ofis x byr. Ada staf yg mati mengejut, sbb x tau ada masalah jantung!! Org muda pun kena hati2 sbb ada kwn Mak Aji, kakak ipar dia mati mengejut pd usia 34 th sakit - sakit jantung!

AsiahRSC said...

eh, dah mula staf pergi ye. I ada hantar borang, tapi tak tahu dah dipanggil atau belum. Kalau HR hantar kat meja I, meja kosong tak bertuanlah terima!!!

Ummu Madihah said...

i rasa u kena tanya personel ttg hal ni, bila datenya, takut mrk overlook aje, mana tau, better safe than sorry. FYI, hr ni Aznaini last day keje, esok dia dah merdeka!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...