Followers

Monday, 2 January 2012

Lamb Mandy al-Rawsha lagi!

Anak-anak balik sempena cuti dan Mak Aji agak kurang rajin hendak masuk ke dapur dek kerana letih berkebun dua hari berturut-turut. Agak lama tidak pekena nasi mandy al-Rawsha, jadi selepas solat Isyak kami terus ke Kg. Pandan - harap-harap kambingku masih ada! Alhamdulillah ada rezeki Mak Aji pada malam ini - kambing kegenaran masih ada! Restoran penuh dengan pengunjung, kebanyakannya berkeluarga dengan masing-masing ada anak-anak kecil - riuh rendah juga dibuatnya. 

Sebelum balik Mak Aji sempat ambil gambar restoran dari luar. Mungkin ada yang pernah ternampak restoran ini (di sebelah kiri) apabila memandu masuk ke arah Kg. Pandan di bulatan Kg. Pandan:

Bangunan ala kastil

Restoran Al-Rawsha
Reka bentuk bangunan restoran ala kota/kastil (castle) - bagai ternampak-nampak Rapunzel dari atas menara dengan rambut panjangnya!! 

Apabila melihatkan betapa ramai pengunjung, Mak Aji terbayang berapa banyak kutipan untuk sehari berniaga?? Kata Pak Aji taukehnya bapa saudara kawannya, Habib Mukammad. Apapun kami bayar macam juga orang lain. Oh ya, tiramisunya, mmmmm!! Sedap! Sementara menunggu nasi, Mak Aji pekena tiramisu kerana kelaparan. Alhamdulillah puaslah makan buat sementara waktu sementara datang lagi gesa untuk makan lagi!

Untuk makluman di pintu hadapan restoran terdapat kedai yang menjual pakaian, kebanyakannya jubah dari negara Arab, juga produk lain seperti minyak zaitun, buah zaitun jeruk, madu khawla dan lain-lain lagi. Mak Aji sempat bawa balik badam panggang ini:

Badam panggang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...