Followers

Saturday 7 January 2012

Tikus Gergasi

Seekor tikus gergasi sebesar kucing (sepanjang dua setengah kaki) dijumpai di Bronx, New York, Amerika Syarikat. Berikut gambar tikus tersebut yang disebarkan melalui Twitter, yang menunjukkan gambar seorang kakitangan kedai dengan tikus tersebut. Ada pihak yang membandingkan tikus ini dengan watak Master Splinter dalam kartun Teenage Mutant Ninja Turtle. Seorang kurator mamalia di American Museum of Natural History di New York memberi kenyataan kepada Huffington Post, "Saya 90% yakin bahawa ini Gambian pouched rat." Jenis tikus tersebut terdapat di sub-Sahara, Afrika. Mungkinkah tikus ini menyeludup masuk ke Amerika dengan menaiki kapalterbang??

Tikus gergasi
Sumber imej: Twitter@thegoodfella

Sumber berita: Agencies

Diterbitkan pada 7 Januari,  2012

Catatan: Sebenarnya kita tidak payah pergi sampai ke Bronx nak tengok tikus gergasi, sekitar Hospital Besar Kota Bharu pun ada sebab Mak Aji pernah tengok, dahulu kalalah! Sekarang masih ada lagi?? Wallahualam!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...