Followers

Friday, 6 January 2012

Panasonic Lumix DMC-TZ20 - a User's Review

Alhamdulillah Mak Aji dapat menggantikan kamera lama Olympus (all-weather - beli hampir 10 tahun lepas semasa nak ke Jepun atas urusan kerja - kamera terdahulu digital juga, Canon tetapi yang agak murah, 2 pixel sahaja, sebelum itu Olympus juga, yang lama yang kena intai melalui 'tingkap kecilnya' - masih ok lagi, cuma sudah malas nak isi filem!) yang dibeli beberapa tahun kepada yang baru, yang modelnya seperti di atas. Tak sangka ya, sudah kamera keempat rupanya - baru sedar.

Untuk layman/woman seperti Mak Aji, model ini sudah cukup baik dengan kelebihan berikut:

a. 16 x optical zoom
b. 21 x intelligent zoom
c. 16 x full HD
d. Touch panel (utk scroll gambar dsbnya.)
e. Lensa jenama Leica - jenis lensa ini terdapat pd kamera jurufoto profesional yg hgnya banyak ribu.
f. Julat fokus - macro - boleh ambil gambar sedekat 3 cm dr objek!
g. Ada fungsi GPS - rekodkan lokasi, longitude dan latitude sekali, catatkan masa tempatan
h. Gambar (still photo) 3D - belum cuba lagi
i. Small in size, light-weight, fits comfortably in hand bag. (Ini yang paling bagus, tak gedabak!)

Sebenarnya ada lagi kelebihan yang agak lebih teknikal. Biarlah orang yang profesional sahaja yang sentuh bab itu.

Kekurangannya:
a. Baterinya satu sahaja, tiada yang spare (sikit risau takut terlepas shot sebab bateri habis)
b. tempoh caj -130 minit jika bateri habis terus - lama juga ya, tak ada ke yg 30 minit ke?
Mak Aji bukanlah gadget-freak atau minah gajet, jadi ciri-ciri yang ada padanya sudah lebih daripada memuaskan hati - setakat untuk amatur yang mengambil gambar untuk tujuan peribadi, bukan komersial.
Sebahagian besar gambar yang diambil menggunakan Lumix ini memang sesuai untuk amatur yang inginkan kualiti gambar yang baik (and more!).

Kalau selama ini Mak Ajilah yang menjadi tukang 'pukul gambar' (ambil gambarlah tu) di rumah, maka sekarang lebih lagilah! - setakat ini i never leave home without it! Cuma jangan nak pinjam ya - no way bro'! Once bitten twice shy!

Ada beberapa ciri padanya yang belum Mak Aji terokai sepenuhnya - banyak masa nak meneroka bila pencen nanti!

Dengan harganya- RM1288 - amat berbaloi!!

dari hadapan

Dari belakang

Dari sisi - full zoom
My new toy - Love it so much!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...