Followers

Sunday, 8 January 2012

Laporan Polis

Sekitar jam 9.00 pagi Mak Aji dan Boy ke Balai Polis Jalan Tun H.S. Lee untuk membuat laporan polis seperti yang dijanjikan dengan orang yang melanggar belakang kereta Mak Aji petang semalam. Sebenarnya kali terakhir Mak Aji ke sana ialah pada tahun 1981 atau 1982, selepas kereta Mak Aji (ketika itu masih belajar di UM) terlanggar kereta anak Undang Luak Negeri Sembilan! Kawan Mak Aji yang bawa kereta, elok sahaja dia hidupkan enjin, masuk gear, terus dilanggarnya kereta orang!) Sebenarnya dia tidak pum mempunyai lesen! Agaknya dia lihat Mak Aji macam agak mudah sahaja pandu kereta! Kejadian berlaku dalam kawasan tempat letak kereta Bangunan Asrama Pandu Puteri di Jalan Pantai. Mahu tidak mahu Mak Aji terpaksa mengaku sebagai pemandu kereta ketika itu.

Berbalik ke cerita asal - bangunan balai serupa sahaja dari luar, tetapi sebaik sahaja melangkah masuk, memang berubah terus berbanding dahulu! Sudah ada banyak kaunter, perlu isi sekeping borang ringkas, msukkan maklumat,  ambil nombor giliran dan terus ke kaunter. Di kaunter setiap pegawai dilengkapi komputer. Bukan itu sahaja, mereka juga sudah mula menggunakan suatu sistem untuk memudahkan orang ramai membuat laporan - pegawai perlu masukkan maklumat ke medan-medan tertentu dan seolah-olahnya laporan dijana oleh sistem!! Cuma perlu diedit, disemak oleh pengadu terus pada skrin, dan akhirnya dicetak dan ditandatangani. Seterusnya Mak Aji perlu berjumpa dengan seorang lagi pegawai polis, diambil lagi maklumat lanjut (pegawai penyiasat). Akhir sekali, perlu pergi ke seberang jalan untuk diambil gambar kereta. Semuanya selesai dalam sekitar sejam. Syabas pihak polis!!

But tidak boleh tutup!
Apa yang agak kurang menyenangkan ialah ketika bersama-sama pegawai penyiasat, terdapat seorang Cina pengusaha bengkel kereta yang menyibuk mencari peluang membuat duit! Dikeceknya Mak Aji agar membawa kereta terus ke bengkelnya untuk dibuat kerja membaiki yang menurutnya akan hanya mengambil masa empat hari - hari Khamis gerenti siap! Too good to be true! Mak Aji tidak menyanggup, kena tunggu Pak Aji balik untuk membuat urusan selanjutnya.     

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...