Followers

Monday 13 October 2014

If It's Number 1, Don't Flush!

As-salam.

Pernahkah anda dengar kata-kata yang menjadi tajuk entri Mak Aji hari ini?? Kalau anda biasa tonton rancangan Extreme Cheapskates di Astro, tentu anda tahu, kan! Untuk manfaat anda yang tidak tahu, maknanya - kalau buang air kecil, tidak usah pam tandas tu! Ini semua gara-gara menjimatkan air. 

Kalau selama ini Mak Aji dengar di TV, semalam Mak Aji terpaksa sebut kata-kata yang sama kepada anak bujang Mak Aji, Boy! Nasib baiklah hanya kami bertiga yang ada di rumah, (apabila bekalan air terputur dek tumpahan minyak disel) jadi penggunaan air bolehlah dijimatkan sementara bekalan air kembali normal. Kami juga hanya menggunakan tandas cangkung sahaja. Semua tandas duduk dilarang penggunaannya! 

Mak Aji juga tersenyum apabila Boy bertanya, "Boy nak mandi, boleh Ma??" Mahu mandi pun kena tanya Mama? Mak Aji nampak Boy (orang dewasa) berdiri memakai tuala tetapi terbayang budak lelaki memakai tuala kecil meminta izin untuk mandi! Kelakar betul - geram, geram juga (kepada Syabas) tetapi kelakar pun ada juga apabila timbul dialog dan adegan yang mencuit hati ini!

Bekalan air terputus sejak pagi semalam dan malam tadi sebelum tidur Mak Aji dapati air masih tiada. Walau bagaimanapun bangun dari tidur Subuh tadi alhamdulillah bekalan air sudah pulih! Apa lagi, hari ini operasi mencuci - pinggan mangkuk, kain baju, ......


Sumber foto: www.venusbuzz.com



5 comments:

Umm AA said...

salammakji,
tapi kan makji kalautak flush..air dlmjamban nampak kuning jer geli jugak kan..heheh..
susah kalau takder air ..alamak keadaan umah & badan menjadi tak selesa kan makji...moga cepatlah setel keadaan itu..inshaallah..

Ummu Madihah said...

Salam UAA,

Itu pasai kena pakai tandas cangkung, tak nampak tu semua!Walaupun tak flush, jirus memang jirus spy boleh jimat air. Kalau flush byk pakai air! Mak Aji juga tadah air wudu utk guna jirus pokok, biar 'baik2' je pokok, he he!! Ini buat time takde airlah!

Ummu Madihah said...

Oh ya, masalah air dah settle. Subuh tadi dah ada. Pheww!! Bak kata org yg kena hadap masalah ni - pinggan mangkuk dah semacam KLCC tingginya!

Kalau UAA dgn dua anak lagilah garu kepala yg tak gatal!

nurbijen said...

Nasib baik dah kembali normal... Susahnya hidup kalau kena catu air...
Tapi bernas juga idea tak perlu flush utk yg kecil... lagi2 tandas cangkung.... Semua dalam rumah tu ikut ke peraturan tu mak Aji?

Ummu Madihah said...

Salam Nur,

Memanglah kalau air takde haru biru kita! Mak Aji tak masuk ke dapur kecuali untuk ambil air untuk minum sahaja, gantung periuk! Kami bertiga je, itu yg senang polis ni nak kawal, sapa tak ikut peraturan kena babap!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...