Followers

Monday 11 July 2011

Hilang Bibir

Jam 11.00 pagi ni, suami menjalani pembedahan untuk mengeluarkan cyst pada gusi bawahnya. Katanya doktor (Fakulti Perubatan HUKM) belah sepanjang bahagian hadapan gusinya, keruk, sedut, keruk sedut hingga selesai, selepas itu jahit. Kira-kira sejam pembedahan berlangsung di bawah local anaesthetic. Selesai saja suami ke cermin untuk memeriksa sama ada doktor buang juga bibir bawahnya! Rasa macam dah di buang juga. Nasib baik masih ada! Dengan dia dalam keadaan pening-peing lalat, saya memandu pulang. Kereta diletakkan di kawasan tanah lapang yang berlekak-lekuk, yang di seberang jalannya, Wad Diraja, HKL. Penuh padat kawasan letak kereta walaupun begitu keadaannya. Berbayar - mana ada percuma sekarang, yang percuma udara sahaja! Setakat inilah, mana tau esok lusa udara pun kena bayar?? Sekarang suami berehat, solat pun sekadar menunaikan yang wajib-wajib saja, gusi masih berdarah. Sakitnya sikit-sikit, diredakan oleh ponstan. Esok cuti lagi menemankan orang sakit. Ni orang sakit nak makan bubur McD pulak, kena keluarlah pulak.

2 comments:

Nuraihana said...

along hampir2 ingatkan doktor tue buang bibir abah....i cannot imagine how abah looks like with no lips...

Ummu Madihah said...

Lepas selesai aje, abah tengok cermin. Lepas tu, abah ckp ngan dr, sy ingat dr buang bibir saya sebab tak rasa apa. Kata dr, saya tak buang bibir awk, jangan risau. 25HB nanti ada follow-up appointment lg. Skrg ni darah dah berhenti, cuma gusi bengkak pulak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...