As-salam.
Kalau musim hujan selalulah berlaku banjir dan apabila air melimpah tebing, banyaklah ikan untuk dijala ya! Apapun Mak Aji tidak pandai menjala ikan. Kalau menjala pun sekadar menjala roti jala sahaja. Itupun belum pernah Mak Aji buat sebelum ini. Resepinya sekadar disimpan menunggu untuk dibuat.
Tengah hari tadi Mak Aji masak kari ayam, jadi untuk makan malam bolehlah Mak Aji menjala pula. Maka itulah yang Mak Aji buat sebelum Maghrib tadi dan inilah hasilnya - sepinggan roti jala!:
Dari segi rupa, bolehlah! |
Melihatkan rupa roti jala Mak Aji teringat pula akan catatan guru kelas pada buku rekod sekolah semasa bersekolah dahulu - masih ada ruang untuk penambahkaikan. Tambahkan usaha! Jadi, Mak Aji pun perlu juga banyak berlatih menjala agar hasilnya lebih cantik!
Berikut bahan dan alat menjala:
Tepung, susu segar, telur, pewarna serta air. |
Catatan: Lesson learnt today - make sure the batter is very smooth so as to get nice and fine roti jala (no blobs!) Peringatan untuk diri sendiri!
10 comments:
Salam Mak Aji,
Aduh terliur sudah tgk roti jala ni. Pagi tadi saya makan nasi kerabu dan cadangnya tak makan lah lunch ni sebab afterwork ada farewell staff. Tapi terasa lapar bila tgk gambar Mak Aji ni hehehe.
Kena turun pegi 7e cari jajan lah jawabnya.
salam mak Aji, shila selalu tak buh telur ada yang bubuh minyak kan dlm roti jala
Salam Honey,
He he, spoil rancangan Honey ya, gara2 roti jala yang tak sepertinya!
Salam Shila,
Mak Aji bari terjumpa resepi yang boh telur ni, x tau ada yg tak boh telur. Nak kena cari versi tanpa telurlah pulak! TQ for the info. By the way, ada tak cara untuk pastikan batternya tidak berketul? Pakai blender ke??
salm makji,
actually mejla ni senang jgk kan..cuma perlukan kerajinan jerlah..sy kalu buat adunan tuh akan blend dl kemudian tapis, barulah smooth..aaiihh makn ngn kari mmg sodap..:)
Salam UAA,
Oh yalah kena tapis, apalah Mak Aji ni, boleh lupalah pulak, he he! Padanlah tersumbat pastu blob blob jadinya. Insya-Allah lepas ni barulah halus comey jalanya!!
Klu tak nak berketul selalunya saya tapis pki penapis santan
Saya pun tak pandai nak menjala... Tangan en suami lagi pandai menjala... Tapi bagus jugak, ada juga benda yg dia boleh tolong kat dapur tu.... Saling melengkapi lah katakan... kikiki
Salam Shila,
Oh, tapis santan eh. Tq Shila atas info!
Salam Nur,
Mak Aji pun baru pertama kali menjala ni, itu yang kurang sempurna rupanya, macam jala terkoyak pun ada, he he!
Wah, hebat tu, suami pandai menjala eh! Pak Aji makan roti jala bolehlah dan menjala ikan bolehlah kut, roti jala, takdelah.
Post a Comment