Ke mana-mana sahaja kita pergi, asalkan ada penjawat awam, mereka akan berbicara tentang SBPA - dah tandatangan ke belum?? Hal yang sama berlaku di ofis Mak Aji. Ada yang ambil dokumen, terus tandatangan dan terus hantar; ada yang masih buat tak tahu, ambil belum, tandatangan pun sahlah belum; ada pula yang sudah ambil, diperap (nak jadikan pekasam kut??) dan tunggu hingga saat-saat akhir (macam orang hantar borang taksiran cukai!) barulah nak hantar.
Mak Aji bukan apa, Mak Aji rasa macam ada yang tidak kena dengan perkara ini - macam ubi belum empuk, separuh masak! Sekejap umum skim baru, sekejap lagi baru nak difikirkan pengisiannya! Kalau ikut yang patut-patutnya, fikirkanlah dulu skim serta pengisiannya sekali, apabila sudah dibuat draf, dibawa bincang, dan akhirnya sudah puas hati, barulah diumumkan.
Setelah bertanya-tanyakan hal ini dengan mereka yang lebih arif, mereka kata - "sain aja, kalau tak nanti terlepas bot, orang lain naik gaji, awak nganga saja!!" Okeylah, okeylah, Mak Aji sain saja, naik gaji sikit bolehlah Mak Aji beli lebih apa-apalah daripada sepatutnya (kalau dulu boleh beli lebih sirih, sekarang orang tua dah tak makan sirih lagi!). Apa-apalah! Dah sain, habis cerita tidak payah hendak fikir apa-apa lagi dah.
No comments:
Post a Comment