Followers

Friday 9 December 2011

Alhamdulillah Syukur

Mak Aji baru menelefon adik yang pernah kemalangan jalan raya semasa menunggang motorsikal beberapa bulan lalu. Alhamdulillah dia semakin sembuh, sudah boleh berjalan tanpa perlu lagi memakai bengkung -- macam orang lepas bersalin pulak - (3 bulan sahaja kena pakai), tetapi perlu menggunakan tongkat berkaki empat (walker). Insya-Allah dalam sebulan dua lagi diharapkan dia dapat berjalan semula tanpa bantuan tongkat. Kalau melihatkan keadaan dia selepas kemalangan, kami sekeluarga semacam tidak sanggup melihat penderitaannya.

Adik sekarang di rumah kakak di Kota Bharu untuk berubat cara kampung pula (sementara cuti sekolah - isterinya guru dan dia sendiri guru di Batu Gajah, Perak). Dapat juga adik balik kampung kerana dia kemalangan dalam perjalanan balik kampung untuk sambut raya puasa, rupanya hasrat kesampaian hanya apabila muncul tahun baru Hijrah.  

Setiap yang berlaku ada hikmahnya, mungkin untuk adik tahun baru ini menandakan permulaan baru untuk kehidupannya sekeluarga - mungkin kalau selama ini banyak masa diluangkan bersama kawan-kawan kerana berkonvoi ke sana sini, maka tibalah masanya untuk meluangkan masa dengan anak isteri yang selama ini menyokong dan membantu, terutama sekali dalam menghadapi dugaan yang cukup berat ini!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...