Followers

Thursday 5 April 2012

JPA Luluskan Pencen Pilihan

Petang ini Mak Aji terima surat daripada JPA tentang kelulusan JPA bagi permohonan persaraan pilihan. Kelulusan ini adalah muktamad kecuali kalau Mak Aji sedang dalam proses tindakan tata tertib dan seumpamanya. Jadi, memang sahlah Mak Aji pencen ni! Usahlah kawan-kawan kecek lagi supaya tarik balik keputusan untuk berhenti kerja. 

Sebenarnya Mak Aji sudah bulat tekad untuk berhenti sebab itulah keputusan yang Mak Aji rasa yang dibuat selaras dengan gerak hati setelah membuat solat hajat dan istikharah agar diberi petunjuk daripada Allah swt. Mak Aji yakin inilah pilihan yang terbaik demi kehidupan dunia dan juga akhirat! There's no more turning back now my dear - no, I do not wish, in any way, to turn back! In fact I'm counting my remaining days!

Mungkin inilah aktiviti yang bakal ditempuh pada hari-hari mendatang:

Pak Aji kata mesti hadir kelas Habib Ali Zaenal Abidin
Hadir kelas mengaji - minta bantuan isteri Ustaz Akram                                              
Brush up on my qi gung moves.
Jadi tukang kebun walaupun tidak semuda dan selawa ini!!
I will surely grow - old - for sure!!
Do not mind getting my hands dirty!
Buat apa tu nek?? 
Paling tidak pun meluangkan masa dengan rakan-rakan yang sudah berpencen - masuk Persatuan Orang Pencen (POP)!

Simply having tea with a member of the POP group!
Tinggal berapa hari lagi ni?? Sebulan, dua bulan, ......


3 comments:

Aida Salleh said...

Tahniah kak. Ishhh kuranglah geng lepas ni nanti.dah pencen jgn lupa jengok anak2 buah nanti tau..

- dieyana - said...

mak aji nak pencen dah, eh tetiba sedih.... apa2 pun, semoga mak aji terus sukses dan dapat tunaikan segala impian mak aji lepas pencen tu.... jgn lupa update blog selalu ya! :-))

Ummu Madihah said...

Da, Dieyana, terima kasih atas ucapan. Patah tumbuh hilang berganti, insya-Allah geng baru akan lebih best lagi selepas ini! Insya-Allah harap2 dapatlah apa yang diharapkan daripada pencen awal ini, insya-Allah akan berbaloi-baloi!! Blog insya-Allah akan dikemas kini selalu, kalau waktu siang pun di rumah! Sekarang ni waktu malam sahaja boleh menghadap!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...