Followers

Thursday 8 December 2011

Hijrah Diri

Seperti biasa, ada sahaja acara rasmi ofis yang Mak Aji perlu hadir. Hari ini Mak Aji menghadiri majlis meraikan pesara tahun 2011 untuk tempat Mak Aji kerja. Ramai pesara yang sempat Mak Aji jumpa, cukup seronok bertanya khabar perkembangan mereka. Semasa majlis berlangsung Mak Aji terasa seolah-olah Mak Aji juga termasuk dalam golongan mereka, cuma muka Mak Aji tidak terpampang pada buku atur cara sebab tidak cukup ruang agaknya (saja perasan lebih) (juga diraikan mereka yang akan bersara pada bulan Disember ini). Berita baik yang disampaikan ialah ofis memberi hadiah RM2000 untuk mereka yang bersara wajib atau pilihan dan berkhidmat selama lebih 25 tahun, RM1500 untuk yang berkhidmat antara 15 hingga 25 tahun dan satu lagi kategori yang Mak Aji lupa. Yang penting, Mak Aji akan dapatlah RM2000 nanti, insya-Allah. Sukanya hati, siapa nak bagi seketul macam tu. Bolehlah dibeli sesuatu yang akan dibuat kenangan sampai bila-bila! Duit belum dapat, sudah berangan nak beli apa! 

Selain bersama-sama dengan rakan-rakan sepejabat pada majlis seperti itu, Mak Aji bakal tidak akan merasa lagi kemeriahan menyambut puasa dan juga hari raya, dengan pelbagai jamuan yang dibuat oleh setiap bahagian, sehinggakan mahu dan tak mahu saja hadir. Bagaimanalah agaknya bila selepas hampir 30 tahun bekerja dengan pelbagai acara dan program dan dalam kesibukan melakukan tugas rasmi, tiba-tiba sudah tiada lagi date-line, tiada lagi perlu menghadap ketua, tidak perlu lagi menyediakan laporan segera hingga terpaksa berkorban masa di rumah, ....... Yang tentunya hidup akan lebih tenang lagi!!

Mak Aji pada tengah hari tadi juga mewakili rumah hijau untuk perlawanan karom. Semalam pun main juga tetapi kalah. Hari ini  kalah juga. Kalaulah Mak Aji pandai main (sudah lupa bila kali terakhir main karom), tentu boleh menyumbang dengan lebih baik lagi. Sebenarnya Mak Aji pemain bidan terjun sebab pemain sebenar tidak dapat hadir atas urusan rasmi di luar pejabat. Hendak tak hendak terpaksa gantikan. Apalah lagi, main belasah sajalah! Pemain lain rupa-rupanya umpama profesional, siap dengan taktik mematikan buah lawan lagi!! Takapalah, janji main! Ini kali akhir Mak Aji main pun. Tahun depan tak adalah lagi.  

Dari segi kerja Mak Aji rasa tak ada apa yang Mak Aji terkilan untuk tinggalkan. Dari segi kerjaya Mak Aji tidak pernah terfikir atau berangan pun akan mencapai tahap sekarang. Biarlah mereka yang benar-benar berminat pergi ke temuduga untuk jawatan yang setakuk lebih tinggi itu yang bakal berlangsung pada minggu hadapan. Mak Aji rasa cukuplah sekadar di sini sahaja (ada ke lagu Francisca Peters yang tajuknya macam ni??). 

Mak Aji sedah mula mengemas barang sedikit demi sedikit agar tidak akan kalut nanti bila tiba masanya. Tahu-tahu sahajalah, masa berlalu terlalu cepat! Sekarang pun sudah hampir sepertiga bulan Disember. 

Diharapkan separuh kedua tahun hadapan akan membuka lembaran baru dan penghidupan yang lebih menenangkan jiwa setelah Mak Aji berhijrah dari alam pekerjaan ke alam suri rumahtangga sepenuhnya, insya-Allah.  Semoga Ramadan tahun hadapan akan lebih bermakna dengan penghayatan dan pengisian yang banyak berbanding yang lepas-lepas. Mak Aji harap pengorbanan yang dibuat (agak besar juga dari segi kewangan, tetapi tidak dari segi stres! - I will certainly miss the money but not the stress that comes with it!!) akan membuahkan hasil dan manfaat yang bermakna untuk kehidupan yang kekal di akhirat nanti, insya-Allah!!!.


Salam Tahun baru 1433 Hijrah untuk semua. Moga Allah melimpahkan rahmat ke-Nya ke atas anda semua!

Catatan: Muharam reminds me so much of asyura, the Kelantanese version - I can go without rice for the whole day and indulge myself with asyura from morning till night until I get migraine because of the heat (from the spices!) but it's well worth it!! Ada sesiapa buat asyura (sugho)??

Ini dia lebih kurang rupanya:

Sugho Kelate

Satu lagi gambar sugho - tak puas tengok, nak makan!

Jom kacau sugho!


5 comments:

AsiahRSC said...

I terima e-mel dah petang...tak sempat nak hadir majlis tu ...

Ummu Madihah said...

Dia orang pun, kenapalah beri notis singkat sangat masanya! Takpe, duit hadiah menanti kita!! Nanti fikir apa nak beli?? Galaxy tab lepas tu!!kih kih kih!

AsiahRSC said...

Seakrang dah Galaxy note...

Nuraihana said...

Selamat datang ke alam suri rumahtangga yang bakal tiba tujuh bulan 20 hari lg....

Ummu Madihah said...

Siah, ada perasan Galaxy Note, dalam pertimbangan??! Along: Semoga masa berlalu lebih pantas lagi, tak sabar, sesungguhnya penantian suatu siksaan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...