Followers

Thursday 22 December 2011

Kota Bharu

Orang kata kalau balik kampung dan tidak singgah ke pasar ini, macam tidak sah balik kampung (saja nak cuit Dieyana!!). Lebih-lebih lagilah kalau orang luar Kelantan yang berkunjung ke Kelantan! Mak Aji pernah melihat rakaman gambar pasar ini dari atas menggunakan fungsi mata ikan (fish-eye), menarik sekali. Tempoh hari Mak Aji perasan macam ada fungsi itu pada kamera tetapi tak ada rezeki semasa ke pasar itu sebab tidak terjumpa pula. Apapun Mak Aji ambil saja fungsi biasa, cuma kurang puas hati. Saksikan warna-warni di Pasar Siti Khadijah, tempat kaum hawa memonopoli suasana!: 

pandangan dari tingkat paling atas
Ada ubi badak, sare (utk buat kerabu sare - sedap!!), asam keping, .....
Lagi pemandangan dalam Pasar Siti Khadijah
Penjualnya - kaum hawa
Selepas makan di White House, kami ke kawasan sekitar Istana Balai Besar dan juga Istana Jahar. Berikut rakaman gambarnya, termasuklah gambar Bank Pitis (duit):

Pintu hadapan Istana Jahar
Bukan, bukan, bukaaaan, ini bukan Wakaf Che Yeh, itu lain!!!
Juga terdapat dalam kawasan Istana Jahar
Papan tandanya
Orang Kelantan menggelarnya Quran Besar (di atas tiang)
Pintu hadapan Istana Balai Besar
Wang perbendaharaan negeri Kelantan pernah disimpan di sini!!
Ni dia banknya
OKB Melawati bolehlah tempah bank pitis untuk simpan duit tu!!
Cuba bayangkan bank pitis ini kita punya dan di dalamnya penuh padat dengan pitis dan juga barang kemas kita, butang baju kebaya tiga beradik yang berbentuk duit syiling besar tu, rantai tangan besar (macam mak cik kat pasar dok pakai!), loket serta cincin berlian kita, set batu delima ....... banyaknya!!! Oh ya, mutiara Mikimoto kita, jongkong emas .... eh banyaknya!!! Banyak harta susah mati tau! Sayang nak ditinggalkan. Bila mati nanti ada orang sebelah kita tu guna buat duit hantaran ...adusss!! Kensel, tak payahlah bank pitis!!!

4 comments:

- dieyana - said...

pasar ni memang wajib g kalau g KB, dan kawasan sekitarnya spt gambar2 mak aji tu, hehheeh.

kecik2 dulu gak, the store/hankyu jaya/pantai timur tempat ma dan ba bawa kami adik beradik soping2..kira sohor la tu ore kelate g soping koto baru...hehe

skang blik kelantan dh jarang2 g KB, lebih suka g wakaf che yeh yang sgt2 meriah tu! mcm2 dah ada situ....;-)

Ummu Madihah said...

mak aji pun sohorlah gi beli brg kat kota bharu, terutama bila raya, beli baju d kasut takdok kat pasir puteh, kota bharu je ado - kununlah! Wakaf Che Yeh, itulah tanah tempat tumpah darahku!! mak aji lahir kat situ, kampung arwah mak. (background music, Negaraku!!)

AsiahRSC said...

hehehe ... tengok pasar tu dari atas macam cup cakes!!!

Ummu Madihah said...

Memang sah dah lama tak kena cup cakes nih!! Hai, kena cari jenis yang sepertinya yang boleh u makan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...