Dalam perjalanan balik ke resort dari tahlil di Pasir Puteh, Mak Aji dan Pak Aji sebenarnya sudah kekenyangan, namun apabila melihat sebuah kedai makan di suatu simpang menghala ke resort dari Pasir Puteh, penuh padat dengan pelanggan, kami tertanya-tanya juga. Kami melihat papan tanda Pulut Ikan Bakar. Pulut Ikan Bakar?? Tidak pernah pula kami dengar - worth checking it out!! Jadi, apa lagi, kami singgah dan memesan pulut ikan bakar. Bila sudah membuat pesanan, kami perasan ada pelanggan yang memesan maggi ketam! Rupanya itu satu lagi keistimewaannya. Kami sudah terlalu kenyang untuk memesan lebih daripada itu. Insya-Allah lain kali bila ada kesempatan! Ini gambarnya:
|
Pulut, kelapa, ikan sardin bakar dan sosnya |
|
Pulut Ikan Bakar dan Maggi Ketam |
Pada keesokan harinya kami lalu di hadapan kedai makan tersebut. Ini gambarnya, cuma kurang terang kerana diambil dari kereta yang bergerak, susah untuk berhenti. Gambarnya di bawah:
|
Kedai Pulut Ikan Bakar |
Amacam, bolehlah cuba bila berkesempatan berkunjung ke Pasir Puteh, Kelantan!!
4 comments:
sedak nih! jarang2 sangat jalan2 cr makan di negeri sendiri...^__^
huhuhu..tak berani nak mencuba!!!
Dieyana, memang sedap, autentik punya, cuma jangan pegi waktu lain, tengah hari hingga awal petang!
Siah, boleh cuba, ulam ajelah kut?? Authentic Kelantanese Malay Kampung Cuisine (boleh panggil cuisine ker??), as pure as it gets!!
Alah Siah, tersilap pulak, ni ikan bakar, bukan nasi ulam, silap kerot!
Post a Comment