Dalam perjalanan balik ke KL, Mak Aji minta Pak Aji singgah ke Bukit Yong, tempat perhentian di sebelah kanan (R & R) dalam perjalanan ke Jerteh. Di situ ada deretan kedai makan dan kedai makan yang Mak Aji maksudkan ialah yang kedua dari kiri (dari surau). Ketika itu sekitar jam 1 petang - penuh padat dengan pelanggan sedang menikmati hidangan. Sebenarnya taukehnya kawan baik dari zaman sekolah dulu, Normah Hasan namanya. Beliau nengusahakan kedai makan yang menghidangkan nasi lauk kampung dengan pelbagai ulam - memang terangkat!! Kalau berkesempatan Mak Aji tidak pernah lupa menyinggah bila balik kampung. Nak kenal tuannya? Ini dia:
Normah taukehnya |
Malu-malu pula taukeh ni! |
Pak Aji digging into nasi ulam |
gulai lemak siput sedut, gulai lemak ikan keli, ikan sardin bakar, sambal ikan mangga, ikan keli goreng (tiada dlm gambar), ulam |
5 comments:
sedaknyo mak aji, make nasik dgn budu, terakat molek! ^__^
Seronok heh Shimah teman berjaya macam tu. Makanan berkhasiat tu, tapi I kena jaga2 juga ... Allah dah cabut sedikit nikmat makan ni!!!
Memang sedap Dieyana, tak ingat dunia! Kalau ikut mulut nak bertambah nasi, tp ikut akal, cukuplah sepinggan, banyak sepinggan pun! My friend ni masa zaman sekolah punyalah ramai peminat, dgn rambut pjg straight, macam China Doll dulu ingat tak?
Dia segan konon sbb jumpa kwn lama yg kerja x mcm dia, walhal dia berjaya dgn cara dia! Takpe Siah, Allah dah lama beri nikmat, yg ditarik sikit aje. I pun sbnrnya xleh ikutkan sgt hati, kolesterol naik baik sbb i miss ubat, kena mkn balik ni!
Shimah, kalau boleh you cari herbs untuk kolesterol tu. Ubat yang kita makan tu boleh effect liver.I tak makan dah. Dalam blog Dr. HAsanah ada sebut pasal koleterol tu
Ya Siah, Dr. Mercola pun sebut hal yang sama. Juga ada kesan pada otot juga dalam jangka panjang.
Post a Comment