Mak Aji tidak pernah ke Bali. Hati memang teringin sebab ramai yang kata (pun ada tengok kat TLC - cuma tak suka tengok mereka makan cik bab - kerbau pendek!) Bali memang cantik! Pernah bertanyakan tentang Bali semasa ke Surabaya, rupanya memang makan banyak jam lagi berkenderaan untuk ke sana dari Surabaya. Kalau kesuntukan masa, tak adalah harapan. Pak Aji memang pernah sebut yang dia memang tidak suka ke sana, banyak candi sebab sebahagian besar penduduknya Hindu. Kalau begitu halnya tak apalah, jadi Mak Aji lupakan sahaja hasrat tersebut.
Mak Aji sebenarnya baru kembali dari kampung sebab urusan keluarga - nenek (tiri) meninggal malam Jumaat lepas. Mak Aji tumpang adik berkereta pulang pada jam 1.30 pagi (dapat berita jam 10.00 malam) dan kami tiba ke Pasir Puteh sekitar jam 8.00 pagi. Jenazah selamat dikebumikan selepas solat Jumaat. Kami sempat berada di sana untuk dua kali tahlil sebelum pulang dan tiba malam tadi, agak lewat, kepenatan!
Sementelah sudah sampai ke kampung, (Pak Aji memang sudah berada di kampung ketika itu atas urusan keluarga dia) dan memandangkan rumah Su (mak tiri) agak penuh maka Mak Aji dan Pak Aji mengambil peluang tidur semalam di sebuah resort yang baru dibuka sekitar sebulan lalu Tok Aman Bali Resort di Pantai Bisikan Bayu. Jadi, bermalamlah kami di Bali!!! Tak dapat Bali yang sebenar Bali yang ini pun cukuplah! Jom tengok tempatnya:
|
Gemerlapan pada waktu malam |
|
Dari bilik |
|
Dari Watch Tower |
|
Juga dari menara |
|
Lagi pemandangan menarik |
|
Kolamnya ada bahagian jakuzi |
|
Menjeling ya! - saja ambil gambar kerusi menarik. Jangan perasan pulak! |
|
Pintu masuk bilik |
|
Dalam bilik |
|
Bilik Air |
|
Beranda |
|
Pak Aji lounging on the chaise lounge |
Pihak resort mengadakan promosi pembukaan, jadi kami dapatlah kadar RM198 untuk resort yang sekitar 4/5 bintang. Servis cukup bagus, cuma buffet spreadnya kureng sikit!! Satu perkara yang menarik dengan biliknya - kami dapat lihat ke dalam bilik air dari bilik kerana ada cermin! Cuma tentunya ada bidai yang boleh diturunkan dari dalam bilik air!!
7 comments:
Salaam...PCB kat Kota Bharu...Used to be Pantai Cinta Berahi, changed to Pantai Cahaya Bulan...Pantai Bisikan Bayu memang dah nama asal dia dari dulu...
Maybe Akak tak perasan sebab tak duduk sini...
takziah mak aji....
erm, comey nyo resort baru ni, keno g try tidur jugok nih, tk dpt Bali tu, "Bali' hok ni pun okey!
;-)
Wah, boleh tahan resort ni ye Shimah. Ada homestay tak area sana, cos I perlu masak sendiri. KAlau duk hoel atau resort macam tu tak boleh masak ...
Salam Nor, betul (3x), silaplah pulak namanya, al-maklumlah dok lama sgt d negeri orang! Terima kasih atas pembetulan.
Dieyana, terima kasih atas ucapan takziah. Kena gi try cepat sikit, nanti takut lambat nanti next time blk, dah habis terhakis (jalan depan resort pun ada pasir, dibawa ombak besar! Kalau tsunami dtg, tinggal tunggul ajelah!
Siah, homestay kat area situ x pasti pulak. Yelah i faham, u kena masak.
Oh ya Nor, dulu pantai ni (masa kecik-kecik) kami panggil Dalam Rhu saja! Baru teringat, al-maklumlah dah jadi warga emas ni! hakisan memori.
cantiklah resort ni kak. rasa nak gi sesangat dah ni. saya pun dah lama (1-2 thn) tak gi kelantan....nak kene buat plan cecepat lah nampaknya:-) Sukanya gi kelantan..:-)
(lupa plak, takziah ya kak)
bagus juga promosi akak ni ya!! make sure buat tempahan dulu ya, sbb hari tu penuh! Nasiblah ada bilik satu, tu pun dua single bed, takpalah, whatever. Selain tu, mesti cari satar yg dijual juga di pantai atau di pekan Kuala Besut, berdekatan situ. Nasi dagang yg best ada di sebuah kedai makan di hujung jambatan Kuala Besut, ikut jalan menghala ke Jerteh - mabeles!! Pun keropok banyak, cuba cari cap rama-rama macam yg akak promo! Byk yg kena makan, alamat lepas balik dr Kelantan kena piat telinga oleh trainer!!
Post a Comment