Followers

Friday 2 December 2011

Jus Kiwi Nutrifres

Kita kaum ibu yang masih bekerja sering menghadapi masalah ketidakcukupan masa untuk melaksanakan kerja-kerja di rumah (Mak Aji merujuk wanita yang bekerja yang sekaligus bibik di rumah!). Kalau boleh nak beli bawang yang sudah siap berkopek, ikan bilis yang siap berkopek, ikan yang siap disiang dan lain-lain lagi. Satu lagi, kalaulah ada mesin yang boleh basuh baju, keringkan dan lipat terus!! Orang sibuk-sibuk dengan idea inovasi di pejabat Mak Aji, kalau boleh adalah nanti pihak yang akan menjayakan idea bernas ini?? Betapa ramainya ibu berkerjaya yang akan berterima kasih!

Mak Aji belum lagi cipta mesin ini. Jadi Mak Aji nak cerita tentang satu jenama jus minuman yang menjadi kegamaran kami sekeluarga. Mak Aji nak syorkan sebab rasanya yang sedap dan yang lebih penting lagi, amat mudah - bancuh air sahaja dah jadi jus. Lebih baik lagi jika ada dispenser air, tuang sahaja air sejuk, kacau, tarraa  .... dah siap!!

Pak Aji sebenarnya yang bawa balik jus ini. Kebetulan taukehnya (wanita bumiputera) merupakan salah seorang pelanggan Pak Aji (semasa Pak Aji buat business dulu). Ketika itu beliau sering merungut tentang betapa susahnya usaha mempromosi produk itu masuk ke pasaran. Sekarang alhamdulillah Mak Aji tengok sudah ada di kedai-kedai biasa. Ini dia produknya. Sebenarnya produk ini ada banyak pilihan perisa, tapi Mak Aji sukakan yang ini dan kami setia dengan yang ini:
Jus kegemaran kami
Catatan: Amacam taukeh, boleh kasi diskaun tak?? Ini promo tau!

3 comments:

AsiahRSC said...

Not discourage you...jus elok buat sendiri ...

Ummu Madihah said...

Betullah tu, the best one is of course home-made, ni yg second bestlah, ketika rasa malas!!

Unknown said...

Hi Ummu,

Kami sedang menulis artikel berkenaan jus Nutrifres dan menemui artikel ni. Terima kasih kerana mengongsi pengalaman anda.

Kami juga pengedar Nutrifres di Lembah Klang, tahun ni kita akan lancarkan Nutrifres Premium Grade Juice Concentrate.

Kami juga menawarkan jus dispenser secara percuma untuk pengusaha f&b. Jika ada kawan Ummu yang berminat boleh hubungi kami. Untuk maklumat lanjut boleh layari website kami. Terima kasih.

Beveco Beverage

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...