Followers

Saturday 31 December 2011

Pelik Tetapi Benar: Orang Mati Kena Saman

Hiroyuki Joho - sudahlah mati dilanggar keretapi, disaman lagi!

Seorang remaja berusia 18 tahun, Hiroyuki Joho telah terbunuh pada tahun 2008 akibat dilanggar keretapi pada kelajuan 112 km sejam. Hiroyuki pada ketika itu berlari ke arah keretapi dengan berpayung dalam hujan apabila peristiwa tersebut berlaku. Sebahagian besar badannya terpelanting sejauh 30 meter ke platform mengarah ke selatan lalu terkena Gayane Zokhrabov yang ketika itu berusia 58 tahun. Gayane jatuh lantas patah kaki dan pergelangan tangannya serta bahunya tercedera. Seterusnya Gayane menyaman Hiroyuki, tetapi hakim daerah Cook membuang kes tersebut dengan alasan bahawa Hiroyuki tidak mungkin menjangka bahawa badannya akan menyebabkan kecederaan tersebut pada Gayane. Walau bagaimanapun, mahkamah rayuan menolak dengan alasan bahawa adalah "agak boleh dijangkakan" bahawa keretapi akan membunuh remaja itu dan menghumbankan badannya kepada penumpang lain yang menunggu untuk naik keretapi. 
Peguam yang mengendalikan kes rayuan Gayane, iaitu Leslie Rosen berkata, "kes ini agak pelik dan menggerunkan tetapi tetap kes kecuaian. Jika anda bertindak sebodoh remaja ini, maka anda perlulah bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku akibat daripadanya."  

Sumber imej: Huffinton Post
Diterbitkan pada 30 Disember 2011

Catatan: Inilah contoh klasik "Sudah jatuh ditimpa tangga." Siapalah agaknya nanti akan membayar saman remaja ini? Ibu-bapanyalah agaknya?? Inilah kesedihan berganda untuk ibu-bapa!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...