Followers

Monday 17 October 2011

"Pemanas air mandi maut"

Tajuk posting Mak Aji hari ini dipetik daripada akhbar Harian Metro juga yang disiarkan pada hari ini. Sekali baca tiada siapa yang faham apa yang dimaksudkan dengan tajuk ini! Siapa yang maut sebenarnya - pemanas airkah??, atau orang yang mandikah??? 

Sebenarnya yang maut orang yang mandi, tentunya bukan pemanas air! Bukankah lebih baik kalau tajuk beritanya berbunyi begini: Pemanas Air Mandi Bawa Maut???? Saja buat gimik eh???

Apapun, sebagai peringatan kepada kita semua, pastikan pemanas air di rumah masing-masing mempunyai mekanisma untuk memutuskan aliran elektrik secara automatik sekiranya berlaku apa-apa masalah, ELCB ke apa ke benda namanya tu?? Mak Aji sekolah tak tinggi  mana, Fizik memang tak pernah minat masa sekolah dulu!
Mak Aji jarang mandi pakai alat ini, salah satu sebabnya, kata orang kalau pagi elok badan terkejut sikit mandi air sejuk, badan pun akan jadi lebih segar. Namun, kalau musim hujan sejuk menggigil, kenalah mandi air panas jugak. Kurang pakai pemanas air juga menyumbang kepada bil elektrik yang makin sedikit - lagi satu petua penjimatan belanja rumah!!  

Lagi satu petua, kurangkan penggunaan pendingin hawa, kecuali apabila perlu sahaja. Gunakan timer agar pendingin hawa berfungsi beberapa jam sahaja. Kalau musim hujan, pakai kipas sajalah!

4 comments:

Aida Salleh said...

Kak, kenapa kena kurangkan pakai aircond? (soalan bodoh kot ni...huhuhuu..Tapi sebenarnya memang tak pasti tentang jawapannya. Biar bodoh sekali jangan terus bodoh sebab malu nak tanya kan?)

Ummu Madihah said...

Apa lagi kalau bukan untuk penjimatan, macam kat ofis tu, kejap off kejap on. Time off berasap jugak! Juga kata orang, banyak sangat air-con kurang baik untuk badan, dahlah kurang atau tiada senaman, dok dlm air-con memanjang pulak. Langsung tak keluar peluh, tentunya tak baik untuk kesihatan kan. Lainlah org tu yg senaman, ada personal trainer lagi!!

Aida Salleh said...

hehehee....org tanya bebetul tau janganlah perli....org ni sbb dah terlebih relax sepanjang hidup baru skg nak belajar bersenam...hehehehe...

Ummu Madihah said...

takde perli, cakap betul aja, akak pun nak kena mula naik treadmilllah, tak pun kena pasang balik sauna yang dah berhabuk tu, badan dah tua, makin mengembang pilak tu. jap lg nak post artikel ttg exercise - never too late for it, very interesting!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...