As-salam.
Sejak pencen ini, seperkara yang Mak Aji rindu - membeli-belah di ofis! Dengan kata lain, hampir apa sahaja (kata orang mak dengan bapa aja yang tiada dijual!) boleh kita beli dari ofis - 'kedai' datang kepada kita. Sebut sahaja, kek, kek cawan, pai, kain baju, beg tangan serta jam berjenama (lebih murah berbanding di kedai pulak tu!). Senarainya cukup panjang hinggakan tidak tertulis! Sebut sahaja, insya-Allah ada yang menjualnya!
Kalau anak-anak mahukan kek, sebut sahaja kepada kawan yang membuatnya dari rumah. Pada waktu yang dijanjikan kek berada di hadapan mata untuk dibawa pulang. Begitu juga jika ada acara istimewa, boleh siap tempah corak bagaimana, kek jenis apa, warna apa dan sebagainya. Selepas pencen agak susahlah sedikit.
Walau bagaimanapun, apabila kami mengadakan bbq tempoh hari, Along telah memperkenalkan sebuah bakeri yang paling dekat dengan rumah Mak Aji di Denai Alam, Shah Alam. Namanya Laura & Daddy's Sweet Touch!
Beberapa hari lepas Mak Aji kepinginkan durian crepe yang mereka hasilkan - pertama kali makan, Mak Aji sudah mahu makan lagi dan lagi dan lagi.....! Jom layan foto yang Mak Aji ambil di bakeri itu:
|
Logo bakeri yang Mak Aji maksudkan. |
9 comments:
nama bakeri mcm nama mat saleh hehe...
tp mmg cantik2 kek kat situ..tgk gambar pun dah terliur
Salam Kam,
memang pada mulanya agak cuak juga dek namanya tu, tapi dah selidik punya selidik memang bangsa kita punya, alhamdulillah, dah yakinlah!
waaa..bestnya! pavlova nmpk sedap, begitu juga durian crepe!
cantik kedainya kak..teringin nak pergi tapi jauh dari tempat saya, saya pernah makan pavlova pasar mala sedap, tak terlalu manis :)
Salam Dieyana,
Jom datang rumah Mak Aji, kita boleh gi sama eh!
Salam Tihara,
Memang cantik kedainya, deconya memang menarik! Pavlova x manis eh, kalau gitu next time bolehlah cuba pavlova pulak! Tq Tihara!
salam mak aji..adakah brjiran kita kekdahnye?mak aji stay kt denai ke?eheheh!!sy stay kt bkt subang:) mmg laura daddy's ni jd feberet bakery.pernah sy share dlm entry ni http://theqas.blogspot.com/2013/03/pavlova-crepe-aka-pavlov-fruity-crepe.html
Salam QA,
Lebih kurang berjiranlah juga, cuma jauh sikit.n Mak Aji kat Sg. Buloh, dekat dengan simpang ke Kuang, bukan di Denai Alam. Rumah lama sebelum ni Subang Bestari dekat dengan SKSB. X jauh mana tu, boleh aje date bila2! Or better kita date kat bakeri ni ja ya, he he! QA dan share kat blog ya, nanti Mak Aji tengok.
Laura and daddy's ni memang dekat dengan rumah. Unfortunately saya boleh katakan saya dah cuba berbagai cake yang dijual. Everytime bagi chance sebab takde kedai cake yang dekat dengan rumah.semua tidak menepati citarasa. Kalau mahal tapi sedap tu i dont mind paying. Those bakers yang jual cakes at subang parade flee market jual cakes,cupcakes, red velvet yang jauh lagi lembut and sedap and cheaper too. saya beli muffin (katanya) yang keras, if baling kat dinding, dinding pun boleh crack. so sad.. red velvet kering, choc indulgence pun kering ..yang okay sekali je beli a slice of blackforest cake.
Post a Comment