Followers

Monday, 17 October 2011

Going Back to Basics

 Jangan Mencelup Uncang Teh Lebih Daripada 3 Minit.

Teh uncang sebaiknya tidak boleh dicelupkan serta 'direndam' terlalu lama.
Hal ini disebabkan adanya kandungan klorin dalam uncang kertas teh itu. Fungsinya adalah untuk melindungi kertas uncang tersebut daripada bakteria dan juga berfungsi sebagai pengawet, iaitu teh menjadi lebih tahan lama.

Klorin dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan banyak keburukan dan kesan negatif kepada badan manusia. Antaranya ialah kanser, mandul dan banyak lagi.

Jika mencelup uncang teh lebih dari 3 - 5 minit, klorin akan ikut larut dalam teh. Dan banyak khasiat teh yang 'terhilang' akibat kehadiran klorin yang tinggi dalam minuman teh. Agar terhindar dari kesan jangka masa panjang, sebaiknya jangan mencelup uncang teh lebih daripada 3 minit.




Amacam?  Berita di atas Mak Aji petik daripada e-mel kiriman kawan. Entah apa-apalah yang mereka letak dalam makanan atau uncang atau apa sahaja yang kita makan atau kita rendam untuk airnya kita minum .......... Kalau beginilah gayanya, kita perlu berbalik ke asal jugalah, minum teh yang serbuk, pakai tapis teh, lagi bagus! Mak Aji pun ada dengar yang serbuk teh yang dimasukkan ke dalam uncang itu, grednya yang paling rendah - serdak rupanya - Dahlah tu, dikatakan juga diletak pewarna agar nampak lebih kawwww!! Ini tentunya untuk mendapatkan warna teh tarik yang cantik tu! Penggemar teh tarik (macam Mak Aji jugak!) tak berapa gemar dengar yang ni.

Kesimpulannya, kalau suka teh, beli teh serbuk saja, cari balik tapis teh yang dah lama terperosok entah kat mana-mana dah, atau beli saja yang baru (agaknya pekedai dah tak simpan stok sebab dah lama orang tak cari). Lebih baik lagi kalau minum saja teh tanpa gula, macam yang diamalkan oleh orang Cina. Boleh jimat gula, kalau macam ini, sekilo gula boleh tahan dua bulan!

Orang Barat dah lama go back to basics, sudah tiba masanya kita juga berbuat demikian!

Ni contoh kalau nak go back to basics, sanggup ke tak sanggup?? Adehh, sakit bahulah!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...