Followers

Friday, 21 October 2011

Petua Mengelak Disamun di Rumah Sendiri

Deepavali dan Raya Korban sudah dekat, mungkin ada yang bakal balik kampung untuk merayakannya. Seperti biasa, bila kucing tiada, tikus akan beraya sakan. Mak Aji nak kongsi sedikit petua khusus untuk mereka yang bakal meninggalkan rumah nanti, harap bermanfaat untuk semua. Sebenarnya Mak Aji ada pengalaman sendiri dalam hal samun-menyamun ini sekitar 10 tahun lepas - take it from someone who have had to go through the harrowing experience!! Petua ini Mak Aji petik dari blog Persatuan Pengguna Islam:

Petua Mengelak daripada Disamun di dalam Rumah Sendiri
Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahlah diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua  keluarga dalam menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fizikal dan juga dengan pendinding ayat al-Quran?
Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga Solex pun, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir, mereka masih boleh membukanya. Ini kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan.  Perompak terutamanya dari seberang memang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan membuka kunci. Sekali tepuk mangga akan terbuka. Jadi marilah kita pagar rumah  dengan ayat suci al-Quran, selain mengamalkan petua pencegahan berikut:
(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (mereka boleh menggunakan anak sebagai tebusan).
(2) Kunci atau sorok semua pisau di dapur sebelum tidur (dalam hampir semua kes kecurian, pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri, bertujuan untuk melindungi diri mereka).
(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (jam 12.00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini salah satu taktik. Mereka akan menunggu di luar pintu rumah untuk masuk (kes terbaru di Dungun dan Petaling Jaya).
(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) pada waktu tengah malam, kejutkan ibu-bapa untuk menemani mereka.
(5) Jangan simpan barang kemas di dalam almari baju (simpan di bank, lagi bagus kalau ada sedikit sahaja, sekadar untuk puaskah hati sahaja).
(6) Bawa alat penggera kereta masuk ke bilik tidur. Jika terjaga tengah malam, cuba on and off untuk menakutkan pencuri (umpama alat penggera rumah –  menandakan kita sentiasa siap siaga).
(7) Tekan punat merah pada alat penggera kereta anda jika anda syak pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
(8) Sekiranya terlihat orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah, dapatkan nombor plet motor/kereta mereka (selalunya mereka naik motor dan biasanya berdua, dan setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita dan bertujuan untuk mengambil barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh hubungi kita.
(10) Semasa tidur, pastikan telefon bimbit anda berada di sisi atau pastikan juga telefon cordless anda berada di sisi anda ataupun buatkan sambungan telefon di dalam bilik tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda syak pencuri berada di dalam rumah anda.
(11) Pastikan ada senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan semua nombor ini disimpan dalam telefon bimbit anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut supaya anda mudah membuat panggilan telefon.
(12) Kalau mampu, pasang alat penggera di rumah (better safe than sorry. I should have done the sama then!).
(13) Lampu depan rumah & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau semasa kita pergi bercuti.
(14) Kalau cuti lama, pesan kepada jiran agar mengutip surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi kepada balai polis berdekatan agar anggota polis membuat rondaan yang kerap di kawasan anda.
(16) Kereta Proton paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru, anda perlu sekurang-kurangnya mengunci  gear dan stereng sebelum tidur (masih boleh dicuri, tetapi akan melambatkan pencuri).
(17) Kalau ada anak perempuan, pastikan pintu biliknya dikunci dari dalam (ada pencuri yang mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.
(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau besbol di bawah katil untuk mempertahankan diri daripada pencuri yang ganas.
(19) Jangan letak kunci di bawah pasu bunga/dalam kotak peti surat/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (pencuri dah lama tau taktik ni). Untuk lebih selamat berikan kepada jiran yang kita kenal rapat.
(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar mangga baru, manalah tahu bekas penyewa lama simpan kunci pendua.
(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.
(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (tak kira siang atau malam, terutamanya jika balik selepas jam 11:00 pm).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...