15 Disember 2013
Program asal untuk hari ini merupakan ziarah ke makam Nabi Ibrahim di Hebron. Di situ jugalah terdapat beberapa makam lain serta beberapa destinasi sekitar Hebron. Namun, nasib tidak menyebelahi kami. Masalah jalan licin menyebabkan hanya sebuah bas yang sempat lepas masuk untuk sampai ke hotel manakala sebuah bas lagi tidak sempat berbuat demikian. Jalan sekitar Baitul Maqdis juga masih licin tetapi sudah dibuka sebahagiannya.
Untuk hari ini kami terpaksa berasak-asak menggunakan hanya sebuah bas sahaja - bayangkan 80 orang lebih terpaksa masuk ke dalam sebuah bas! Kami dibawa makan tengah hari di sebuah restoran di Mount of Olives dan dari bukit tersebut kami dapat melihat dengan jelas kubah Masjidil Aqsa:
Restoran tempat kami makan tengah hari. |
Sempat berfoto dengan berlatarbelakangkan Masjidil Aqsa:
Selesai makan, kami berziarah ke makam sahabat yang terletak di kawasan Masjidil Aqsa, di tepi temboknya. Di sini terdapat 40 makam sahabat yang menurut imam Masjidil Aqsa juga merupakan para wali Allah swt.
Untuk sampai ke kawasan makam kami terpaksa mendaki bukit yang agak curam. Naik dan turun bukit cukup memenatkan sehinggakan setelah balik ke hotel selepas ziarah, kami terpaksa solat Maghrib di bilik sahaja dan tidak sanggup lagi berjalan ke masjid. Sayang sekali keputusan kami untuk tidak memaksa diri ke masjid melepaskan peluang kami untuk mendengar sendiri tazkirah yang disampaikan oleh Habib Ali Zaenal Abidin di mimbar Masjidil Aqsa. Imam Masjidil Aqsa telah memberi penghormatan itu kepada guru kami untuk menyampaikan tazkirah dalam bahasa Melayu tanpa perlu menterjemahkannya! (meskipun ramai penduduk tempatan ketika itu) Lalu bergemalah suara Habib Ali berbahasa Melayu di Masjidil Aqsa! Dalam rasa terharu apabila mendengarkan hal itu daripada teman yang baru balik dari masjid, terselit juga rasa kesal apabila bahasa Melayu terpinggir di bumi sendiri - bak kata seorang teman (lebih kurang begini), ... bahasa Melayu diberi penghormatan di luar negara tetapi berdagang di negara sendiri! Apalah nasib bahasaku?!
6 comments:
salam makji...
tak terkata kan bila melihat maqam sahabat serta para wawli tuh...keciknya diri kita rsnya..
ah..untungnya Habib Ali dpt beri ceramah dr mimbar masjidil aqsa tuh..suatu penghargaan yg tinggi tuk seorang muslim...
Salam Ummuaidan,
Betul tu, terasa diri cukup kerdil berbanding mereka!
Itulah dia, memang terkilan Mak Aji tak dapat saksikan sendiri. Bila kawan sebut pasal Habib Ali di mimbar, berdiri bulu roma! Memang kami terasa sangat dihargai oleh imam Masjidil Aqsa! Memang jarang orang kita yang ke sana untuk tempoh lebih seminggu macam kami. Yang lainnya cuma sehari dua sebab mereka ke sana bersekali dengan umrah, jadi kehadiran mereka kurang terasa oleh mereka.
Salam kak,
Ya Allah...beruntungnya akak dapat berguru dengan Habib Ali...
Salam Da,
Senang aja Da, hadir kelas dia Jumaat malam lepas maghrib di Masjid Muaz bin Jabal, Setiawangsa, dekat je ngan rumah awk tu!
subhanallah Mak Aji.......untungnya...untungya....
Salam QA,
Alhamdulillah syukur!
Post a Comment