Followers

Thursday, 19 January 2012

Pernah 'Minum Teh'?

Mak Aji rasa semua orang minum teh, kecuali mereka yang mempunyai masalah ekoran minum teh - angin ke, sembelit ke atau yang sebagainya. Sebenarnya 'minum teh' yang dimaksudkan di sini merujuk majlis minum teh yang pernah diamalkan oleh masyarakat dahulu (Pak Aji memaklumkan bahawa majlis ini pernah dia hadiri semasa kecil dahulu) di kawasan kampung (di bandar, wallahualam?).

Jemputan untuk 'minum teh' akan dibuat oleh keluarga yang berhajat untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada masyarakat kampungnya untuk tujuan seperti menghantar anak masuk ke universiti, setelah mendapat kecelakaan atau bencana dan sebagainya. Majlis ini menjadi bukti yang jelas tentang betapa eratnya hubungan antara anggota masyarakat kampung dan tentang wujudnya amalan saling bantu-membantu antara mereka.

Macam nilah kut 'minum teh' tu
Pada hari majlis, tetamu akan dijamu teh dan kuih-kuih ringan. Selepas minum tetamu akan menghulurkan sumbangan ke dalam kotak yang disediakan terlebih dahulu oleh tuan rumah (semasa menjemput tuan rumah sudah menyatakan hajatnya).   

Mak Aji baru tahu tentang wujudnya majlis ini (Pak Aji kata sekarang sudah tiada lagi - setakat yang dia tahu) semasa berborak-borak dengan Pak Aji dalam perjalanan pulang dari Tanjung Karang tempoh hari. Memandangkan jarak antara rumah (di kampung) Mak Aji  dengan Pak Aji hanyalah sejauh 20 minit berkereta, namun amalan masyarakat terbukti berbeza! Mungkin sebab Mak Aji tinggal di kawasan bandar Pasir Puteh, Kelantan dan Pak Aji di sebuah kampung kecil di Besut, Terengganu.

Mungkin keadaan masyarakat sekarang yang lebih berkemampuan serta kurang 'berhajat akan bantuan' atau mungkin juga agak kurang peduli/kurang prihatin (sikap engkau engkau, aku aku) yang menyebabkan terkuburnya amalan seperti ini.

Macam manalah agaknya masyarakat kita pada masa hadapan - agaknya banyak lagilah amalan kita pada hari ini bakal hilang lenyap begitu sahaja!!

Sumber gambar: Google images

3 comments:

izla said...

saya selalu gak menge'teh'..dengan kawan2 bujang, sambil bergosip. huhu..

AsiahRSC said...

Elok juga dikekalkan ... ubahsuai sikit sebagai meningkatkan silaturrahim ...

Ummu Madihah said...

Iizla, Mak Aji juga ngeteh ngan Pak Aji kat mamak.

Setuju Siah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...