Followers

Wednesday, 15 October 2014

Mainan Baru Lagi

As-salam.

Biasalah ya, kalau anak-anak perempuan sibukkan segala macam benda yang bertemakan Frozen, mak-mak pula sibuk dengan mainan di dapur!

Semalam selain daripada barang dapur, Mak Aji juga dapat satu mainan baru - garlic press - seperti yang chef gunakan di TV tu - layanlah perasaan Mak Aji ooi - rasa macam profesionallah pulak apabila ada peralatan seperti yang mereka gunakan, he he! 

Pak Aji yang nampak dan dia terus ambil. Sukanya Mak Aji walaupun harganya hanya RM8! Lagilah mahal baju tidur Frozen yang Mak Aji beli untuk Aleesya! Maaflah Mikhail, Frozen untuk anak-anak dara sahaja, anak bujang tak main Frozen ya! Nanti Tokma belikan baju Batman ke Superman ke ya!

Berikut foto mainan baru Mak Aji - yet to be tested!:

Tu dia mainan baruku!

Untuk manfaat anda yang agak kurang biasa dengan alat ini, mari Mak Aji tunjuk cara menggunakannya:


Letakkan bawang putih yang dudah siap dikopek.
Tekan bahagian atasnya dan bawang cincang akan keluar dari lubang-lubang kecil di bawah.

Kalau alat ini dikepak ke sebelah satu lagi, bahagian dengan tombol2 hitam itu bertujuan
untuk memudahkan kerja mencuci alat ini daripada sisa bawang putih.

Insya-Allah 2 bulan lagi akan sampai mainan baru lagi. Tunggu dan lihat apa pulak mainannya ya! (terujanya hati ni). Untuk yang itu kenalah Mak Aji kemas dapur basah sebab saiznya agak gedabak, selebar peti ais di dapur ni! Suspenslah pulak ya!








6 comments:

Unknown said...

Untuk apa ye alat ni? hihi

Ummu Madihah said...

Salam Aishah,

Alat ni untuk 'cincang' bawang putih. Kopek sahaja bawangnya dan letakkan di situ. Kepitkan kedua2 tangkai itu dan bawang putih yang hancur akan keluar dari hujungnya tu. Tak perlu cincang lagi!

nurbijen said...

Salam Mak Aji,

Murahnya kalau cuma RM8... Kalau kat sini boleh tahan jugak menda alah ni... Saya pun teringin juga sekali sekala nak berangan ala-ala chef dalam rancangan tv semasa memasak...

Suspen ni suspen... Apa lah tu agaknya... hurm....

Ummu Madihah said...

Salam Nur,

Memang murah. Yang pernah Mak Aji tengok pun yang lebih simple, tanpa benda terjojol hitam tu (easy-cleaning purpose)! Boleh sangat, kan, untuk perasan jadi professional chef, he he!

He he, tungguuuu!

Anonymous said...

Salam...

bestnyaaa...beli kat mana ni cik mah?

Ummu Madihah said...

Salam Anonymous,

Sapa gak ni, kena main teka teki pulok doh! Cik Mah beli kat Jalan TAR, di Suria Wholesalers, depan Nasi Kandar Yaseen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...