Followers

Sunday, 19 October 2014

Ban Manis Berintikan Pes Kacang Merah

As-salam.

Usai solat Subuh Mak Aji kedapur untuk mengusahakan ban manis berintikan pes kacang merah - inti kegemaran Pak Aji (jenuhlah Mak Aji membuat ban menggunakan inti inti ini sebab Mak Aji terpaksa beli pek seberat 3kg! Memang tiada yang dibuat pek kecil (orang jual untuk mereka yang berniaga, yang awak beli juga, kenapa pulak!). 

Jom kita lihat ban Mak Aji:

Separuh ban disapu telur dan separuh lagi tidak. Semuanya ditabur almond cincang. 
Ban yang dalam proses proofing hingga ke 3 kali ganda saiz asal.
Alhamdulillah menjadi - dari skala 1 - 10 Mak Aji beri markah 6! Masih ada
ruang untuk penambahbaikan!

Kalau ban yang terjual memang sedikit sangat intinya, apabila dibuat sendiri, kita taruh sahaja semahunya! Apapun kalau terlebih, manis sangatlah pula ya.

Secara keseluruhannya bannya sedap, cuma sedikit kecil sebab Mak Aji timbang doh 40gm sahaja. Kalau tidak silap doh biasa yang terjual 50gm - lebih besar lagi. Mak Aji menggunakan tepung Convibake sebanyak 500gm yang dicampur air sejuk sebanyak 205gm dan yis sepaket, 11gm. Kerja menguli dilakukan oleh mesin pengadun, pembantu rumah Mak Aji! Tiadalah keluar peluh menguli!
Dengan tepung sebanyak 500gm Mak Aji dapat menghasilkan 19 biji ban dengan saiz dohnya 40gm.
Baki tepung 500gm lagi akan diusahakan kemudian nanti dalam bentuk yang lain pula, insya-Allah!





4 comments:

Honey said...

Salam Mak Aji,

Aduh teringin nak makan roti suam suam malam ni

Ummu Madihah said...

Salam Honey,

Sedap layan roti suam-suam bila hujan-hujan ni! Seganlah pulak, separuh ban Mak Aji ni terlebih tanned, he he! Have yet to try your loaf recipe, pasti ngam!

nurbijen said...

Salam Mak Aji,

Huwaa, datang sini tengah2 malam dijamu dengan bun panas2... Tiba2 perut rasa lapar...
Saya sampai sekarang tak pandai2 lagi buat roti... Dah lama BM rehat kat bawah meja... Tak boleh jadi ni.... kena kejutkan BM yang duk hibernate tu... hehehe

Ummu Madihah said...

Salam Nur,

He he, berjaya memacahkan liur Nur! Jangan biarkan dia terus tidur, jom kejutkan dan jom meroti! Seronok juga meroti ni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...